SUKAN SEA 2017: Sukan, Tiket, Lokasi Pertandingan dan Masuk Percuma

Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan Sukan Asia Tenggara ke-29 atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 15 Ogos 2017 hingga 30 Ogos 2017 di mana acara pembukaan akan mengambil tempat pada 19 Ogos 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sukan Para ASEAN pula akan berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos 2017. Temasya sukan ini akan disambut bersama Hari Merdeka ke-60 serta Hari Malaysia.

5 Fakta Menarik Mengenai Sukan SEA ke-29:

  • Ini merupakan kali ke-6 bagi Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA selepas menjadi penganjur pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.
  • Pada mulanya, Brunei Darussalam ditetapkan untuk menjadi penganjur Sukan SEA pada tahun ini dan Malaysia dijadualkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2019 namun Brunei menyatakan ketidaksediaan mereka untuk menjadi penganjur sukan berprestij ini. Oleh itu, pada 14 Julai 2012 Persekutuan Sukan Asia tenggara (SEAGF) memberi tawaran kepada Malaysia untuk menganjurkan SUKAN SEA ke-29.
  • Maskot rasmi bagi SUKAN SEA ke-29 ialah RIMAU yang diinspirasikan daripada Harimau Belang yang terdapat di Malaysia. RIMAU merupakan akronim bagi Respect (Hormat), Integrity (Berwibawa), Move (Tangkas), Attitude (Bersikap positif) and Unity (Bersatu).
  • Larian The Rising Together Baton Run yang julung kali diadakan bersempena kejohanan Sukan SEA ke-29 bertujuan mempromosikan negara-negara Asia Tenggara dan mewujudkan kesedaran tentang Sukan SEA. Larian ini bermula di Brunei Darussalam pada 5 Mac 2017 sebelum menuju ke Filipina, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Timor Leste, Kemboja, Indonesia, Singapura dan tiba di Malaysia pada 13 Mei 2017.
  • Larian Obor Sukan SEA bertujuan mempromosikan temasya sukan ini kepada penduduk tempatan secara terus dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan secara simbolik kepada para atlet yang akan bertanding. Larian ini bermula di Johor Darul Takzim sebelum menuju ke Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2017.

Obor tersebut akan dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyalakan api KL2017 pada acara pembukaan Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2017. Api ini akan menyala secara berterusan sehingga dipadamkan ketika upacara penutup menandakan tamatnya temasya sukan ini.

Sukan dan Lokasi Pertandingan:

Secara keseluruhan, terdapat 38 jenis sukan yang akan di pertandingkan pada Sukan SEA kali ini dengan 52 lokasi pertandingan. Di sini kami sediakan senarai permainan dan lokasi permainan yang akan berlangsung sepanjang Sukan SEA pada tahun ini:

Sukan

Lokasi

Angkat Berat

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 3, No.8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Badminton

Axiata Arena, KL Sports City, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Berbasikal

Dataran Nilai, Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Berbasikal

DATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3, PUTRAJAYA

Berbasikal

NATIONAL BMX ARENA, Persiaran Perbandaran, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Berbasikal

VELODROME NASIONAL, Persiaran Perbandaran, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Biliards dan Snuker

Kuala Lumpur Convention Centre, Hall 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Bola Jaring

Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, 60000 Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Bola Keranjang

Stadium MABA, No.6, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur

Bola Sepak

National Stadium, Jalan Barat, Bukit Jalil , Kuala Lumpur, 57000

Bola Sepak

Shah Alam Stadium, Bahagian Pengurusan Stadium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Level 1, Kuadron AB Stadium Shah Alam Seksyen 13, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Bola Sepak

Selayang Stadium, Jalan 2/1, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Bola Sepak

Uitm Stadium, Shah Alam

Bola Sepak

UM Arena Stadium, Lingkungan Budi, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Bola Tampar

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 11, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur

Boling Padang

National Lawn Bowls Centre, Lot 3959, Jalan 1/70 D, Bukit Kiara, 60000, Kuala Lumpur

Ekuestrian

3Q EQUESTRIAN CENTRE, Jalan Sungai Serai, Kuang, 48050 Rawang, Selangor, Malaysia

Ekuestrian

TERENGGANU INTERNATIONAL ENDURANCE PARK, Jalan Merang, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Futsal

Panasonic Stadium, Shah Alam, Jalan Perkilangan, Seksyen 21, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Gimnastik

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 9 and 10, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur

Golf

The Mines Resort & Golf Club, Mines Wellness City, Seri Kembangan, 43300 Selangor, Malaysia

Hoki

Hockey National Stadium, Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Hoki Ais

Empire City Ice Arena, Empire City, Damansara Perdana

Hoki Dewan

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 4, level 1, no. 8, jalan dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Judo

HALL 5, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Karate

HALL 1, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Kriket

Kinrara Oval, Malaysian Cricket Association, Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor

Lawan Pedang

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 6, Level 2, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.

Luncur Ais

Empire City Ice Arena, Empire City, Damansara Perdana

Memanah

Synthetic Turf Field, National Sports Centre, Bukit Jalil, Malaysia

Menembak

National Shooting Range Centre (Lapang Sasar Menembak Kebangsaan), Persiaran A, U 3, 47810 Subang, Selangor

Muay

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 8, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur

Olahraga

National Stadium,  KL Sports City, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Pelayaran

National Sailing Centre (Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan), Lot 3662, Jalan Pokok Asam, 07000 langkawi Kedah, Malaysia

Pencak Silat

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Hall 2, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Petanque

TAMAN REKREASI PUDU ULU (ARENA PETANQUE), Jalan 1/91 (Pudu Ulu, Cheras) 56100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Malaysia

Ping Pong

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC), Hall 7, Level 2, East Wing, Menara MATRADE, No 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.

Polo

EQUESTRIAN PARK, PUTRAJAYA, Persiaran Selatan, Presint 20, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Ragbi 7 Sebelah

MBPJ Stadium, Kelana Jaya, Jalan Stadium 7/15, SS 7,Kelana Jaya, 47301 Selangor, Malaysia

Renang

National Aquatic Centre, KL Sports City, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Renang

Putrajaya Lake, Precinct 6, 62150 Putrajaya, Malaysia

Sepak Takraw

STADIUM TITIWANGSA, Jalan Tembeling, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia

Ski Air and Wakeboard

Kompleks Sukan Air, PRESINT 6, 62000 PUTRAJAYA, WP PUTRAJAYA, MALAYSIA

Skuasy

PUSAT SKUASY KEBANGSAAN, KUALA LUMPUR SPORTS CITY, BUKIT JALIL

Skuasy

Raintree Club, Lot 1002, Jalan Wickham, Off Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, Malaysia

Taekwondo

HALL 1, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tenis

National Tennis Centre, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tenpin Boling

SUNWAY PYRAMID, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tinju

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MiTEC) , Hall 8, Level 2, No. 8, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.

Triatlon

Water Sport Complex, Presint 6, 62150, Putrajaya

Wushu

Kuala Lumpur Convention Centre, Hall 5, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tiket:

Anda boleh mendapatkan tiket pertandingan, tiket upacara pembukaan dan tiket upacara penutup daripada pusat jualan tiket yang terpilih atau membeli secara atas talian. Harga tiket bermula daripada RM10 hingga RM20.

Hanya 19 acara yang memerlukan tiket kemasukan manakala bagi sukan-sukan yang lain, pas masuk adalah percuma. Sukan-sukan yang memerlukan tiket kemasukan ialah akuatik (renang, acara terjun, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, silat, futsal, bola jaring, ragbi 7 sebelah, berbasikal (trak), bola keranjang, sepak takraw, billiard and snuker, muay dan bola sepak.

Di sini kami sediakan senarai pusat jualan tiket dan laman web yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian:

PUSAT JUALAN TIKET:

MAYFLOWER OUTLETS : MAYFLOWER KL, Menara Mayflower, No. 1, Jalan Metro Pudu 1, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: (+603 9232 1888)

MAYFLOWER OUTLETS : MAYFLOWER PENANG, Bangunan Tan Chong, 2nd Floor No 23, Pengkalan Weld, 10300 Penang. 

Tel: : ( +60 4-2623788)

MAYFLOWER OUTLETS : MAYFLOWER JOHOR BAHRU, Mezzanine Floor, No 2 Jalan Johor Jaya, Taman Perindustrian Plentong, Plentong 81750 Johor.

Tel: (+60 7-3617197)

MAYFLOWER OUTLETS : MAYFLOWER HOLIDAYS (BORNEO) (Formerly Known as Discovery Tours (Sabah) Sdn Bhd)Lot. G22, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Tel: (+60(88) 257 368)

PARADISE TRAVEL & TOURS SDN. BHD, Wisma Paradise, No.63 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

TEL: +603-20706055 
FAX: +603-20702066

PARADISE CAR RENTAL, KLIA, Lot 5 , Ground Floor, Car Park D, Jalan CTA 2, Kuala Lumpur International Airport 43900 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

Tel: +60 12-655 2677

MYTICKET (Malaysia), E-03A-5 & E-05-05, Setiawalk PSN Wawasan, Pusat Bandar Puchong 47160 Puchong

Tel: +60 3 80766700, +60 3 80766500 
Hotline: +60 3 80766500

MYTICKET (Singapore), 998 Toa Payoh North #07-03, Maple Tree Building, Singapore 318993.

Tel: +65 81639197

MYTICKET (Indonesia),Ticketing Management Indonesia, Perkantoran Puri Mutiara Blok BF No.2 Jl. Griya Utama Sunter Agung Tanjung Priok – Jakarta Utara 14350

Tel: (+62) 21 5615 8323 
Hotline Number: (+62) 857 9749 6333

INVERNO MUSIC STATION, F42/43, 1st Floor, Mahkota Parade, Bandar Hilir 75000 Melaka

Tel: 606-281 9329 
Operation Hours: Mon-Sun 10.30am – 10pm

ATAS TALIAN:

KUALA LUMPUR 2017:

https://www.kualalumpur2017.com.my/tickets.cshtml

STUBHUB

https://www.stubhub.my/sea-games-southeast-asian-games-tickets/ca8758

Kemasukan Percuma:

Menurut Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, pas masuk adalah percuma bagi kebanyakan lokasi pertandingan kerana mereka berhasrat untuk tidak membebankan penonton untuk membayar harga tiket bagi menikmati pertandingan-pertandingan sepanjang Sukan SEA ke-29. Mereka tidak bergantung kepada hasil penjualan tiket dan mahukan jumlah penonton yang ramai di setiap lokasi pertandingan.

Sebanyak 32 acara dapat ditonton secara percuma. Di sini kami sediakan senarai sukan dan tarikh pertandingan bagi lokasi-lokasi pertandingan yang menawarkan kemasukan percuma:

Sukan

Tarikh

Akuatik – Renang perairan terbuka

18/8/17

Memanah

16 – 22/8/17

Olahraga

19 – 26/8/17

Tenpin Boling

20 – 25/8/17

Tinju

20 – 24/8/17

Kriket

17 – 29/8/17

Berbasikal – Perlumbaan BMX

26/8/17

Berbasikal – Lebuh raya

21 – 24/8/17

Ekuestrian - Dressage

22 – 24/8/17

Equestrian – Show jumping

26 – 28/8/17

Equestrian - Endurance

20/8/17

Equestrian - Polo

22 – 29/8/17

Lawan Pedang

21 – 23/8/17

Golf

22 – 26/8/17

Hoki – Padang

21 – 29/8/17

Hoki - Dewan

21 – 26/8/17

Hoki Ais

20 – 24/8/17

Luncur Ais – Figure skating

26 – 27/8/17

Luncur Ais – Short track speed skating

29 – 30/8/17

Judo

26 – 27/8/17

Boling Padang

22 – 27/8/17

Petanque

21 – 28/8/17

Pelayaran

21 – 29/8/17

Menembak

21 – 26/8/17

Skuasy

21 – 29/8/17

Ping Pong

20 – 26/8/17

Tenis

21 – 26/8/17

Triatlon

21/8/17

Bola Tampar

21 – 27/8/17

Ski Air & Wakeboard

25 – 29/8/17

Angkat Berat

28 – 30/8/17

Wushu

20 – 22/8/17

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, anda boleh layari laman web rasmi KUALA LUMPUR 2017 dan akaun media sosial:

Website: https://www.kualalumpur2017.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/kualalumpur2017/

Twitter: https://twitter.com/kl2017/

Instagram: https://www.instagram.com/kualalumpur2017/

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan informasi mengenai Sukan SEA ke-29. Sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga kerana diberi peluang untuk menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan kedatangan semua untuk menikmati dan memberi sokongan kepada penganjur dan atlit-atlit Sukan SEA ke-29.

Layari laman web kami http://www.lookp.com/ untuk mendapatkan informasi mengenai penginapan, pengangkutan awam dan lokasi-lokasi pertandingan jika anda bercadang untuk menginap di sini dan menonton pertandingan-pertandingan yang berlangsung semasa Sukan SEA ke-29. Info mengenai lokasi pertandingan juga boleh didapati di laman web kami jika anda berhajat untuk menyewa lokasi tersebut untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan.

Share