Yayasan Azam Wanita (YAZNITA) business logo picture

Yayasan Azam Wanita (YAZNITA)


Background
Claim business

Yayasan Azam Wanita (YAZNITA), sebuah badan amal dan kebajikan, telah diperbadankan pada 24 April 1998.Misi YAZNITA adalah untuk menjadi “Gerbang Gemilang Wanita” yang berperanan menampilkan imej Wanita bukan sahaja sebagai rakan pembangunan negara yang dinamik tetapi juga sebagai pemangkin tradisi kecemerlangan dalam pelbagai bidang strategik. Bidang strategik yang dikenalpasti merangkumi aspek pendidikan, teknologi maklumat, ekonomi, sosial, keagamaan, kepimpinan dan perundangan.

 

Semua pihak yang ingin menyertai atau menguruskan program YAZNITA, mendaftar sebagai Sukarelawan YAZNITA, mengelolakan Pusat Operasi YAZNITA di peringkat negeri dan daerah, menjadi Tenaga Pakar Rujuk YAZNITA, menganggotai mana-mana Jawatankuasa YAZNITA, membantu YAZNITA mengisi Tabung Kewangannya, menjadi Ahli Panel Jurulatih, Penceramah dan Penyelidik YAZNITA adalah dialu-alukan.

Start share your experience with Yayasan Azam Wanita (YAZNITA) today!