Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh business logo picture

Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh


Background
Claim business

Kompleks Penyayang BAKTI lahir atas dasar kesedaran terhadap perlunya sebuah institusi yang memberikan khidmat kebajikan berbentuk integrasi kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak, warga tua dan ibu-ibu tunggal.

Penwujudan kompleks ini adalah hasil gabungan tenaga Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) sebagai badan NGO, Tetuan Yarisan Holdings Sdn. Bhd. (Swasta) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Kerajaan). “Pakatan Tiga Pihak” ini melambangkan keperihatinan setiap sektor masyarakat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta menjadi contoh kerjasama yang unggul.

Menerusi gabungan ini BAKTI sebagai pencetus idea, menyediakan khidmat jaringan antara sektor yang terlibat, Yarisan Holdings sebagai penaja projek, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan tanah serta menguruskan pentadbiran kompleks ini.


Service /Price Details

Perkhidmatan yang disediakan:

Kediaman perlindungan untuk anak-anak yang dipindahkan dari Rumah Kanak-Kanak di bawah Sistem Berkeluarga (RTH)

Kediaman untuk warga tua (Rumah Tunas Budi)

Khidmat jagaan harian warga tua (Pusat Jagaan harian Warga Tua)

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Start share your experience with Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh today!