Islamic Aid Malaysia (IAM) business logo picture

Islamic Aid Malaysia (IAM)


Background
Claim business

Islamic Aid Malaysia (IAM) - dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan IRM adalah sebuah badan NGO Islam yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti kemanusiaan khususnya di Malaysia. Merupakan sebuah pertubuhan NGO berdaftar di bawah pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran pertubuhan : 0076-11-WKL.



Visi Islamic Aid Malaysia adalah membantu mengurangkan tahap kemiskinan manusia sejagat.



Misi Islamic Aid Malaysia adalah  membantu rakyat Malaysia yang miskin dan daif yang benar-benar memerlukan pertolongan dan bantuan tanpa mengira agama, bangsa dan juga warna kulit selain membuktikan kepada masyrakat Malaysia dan juga masyarakat dunia bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang menggalakkan umatnya tolong menolong dan bantu membantu di antara satu sama lain.

 


Service /Price Details

Islamic Aid Malaysia memfokuskan kepada kumpulan penerima bantuan kepada kategori-kategori berikut :-

  1. Warga miskin dan daif
  2. Ibu tunggal miskin yang mempunyai ramai tanggungan
  3. Warga emas/tua miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap
  4. Anak-anak yatim
  5. Mangsa-mangsa bencana (seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain)
  6. Warga OKU
  7. Masyarakat Orang Asli

 

Selain daripada itu Islamic Aid Malaysia juga terlibat di dalam aktiviti bantuan khusus untuk warga Malaysia beragama Islam semasa bulan Ramadan dan juga pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri dan juga hari raya korban. Ini termasuk musim perayaan tahun baru Cina untuk bangsa Cina  dan juga perayaan Deepavali untuk bangsa India.

 

Start share your experience with Islamic Aid Malaysia (IAM) today!