Dr. Noor Fidak Samsudin business logo picture

Dr. Noor Fidak Samsudin

Reviewer profile
Sue memilih Dr Noor Fidak untuk merawat sue sepanjang 9 bulan hamil. Alhamdulillah, sue sangat selesa dengan beliau. Dr Fidak ni baik orangnya. Bila nasihat kat patient dia, macam mak2 nasihat kat kita. Cakap lemah lembut, bertoleransi dan selalu cakap benda2 yg positif pada patient beliau. Sebelum bersalin sue ada berbincang Birth Plan dengan Dr Fidak. Dia teliti one by one birth plan yg sue dah siap print. Siap tanda lagi dan bagi komen yg mana dia setuju dan yg mana dia rasa susah nak setuju sebab terikat dengan SOP Hospital Tropicana. Tak pelah, sue pun faham. Fikir positif je. Untuk pengetahuan u olls klinik Dr Fidak ni sentiasa penuh. Selalu sue buat temujanji malam, kes nak ajak hubby teman sekali...jenuh juga la menunggu turn. Kadang sampai pukul 10pm baru settle urusan semua. Huh letih tunggu turn..anak2 siap tertido kekadang tu. Berapa kos bersalin di Hospital Tropicana? Ini sue cerita berdasarkan pengalaman sue ye. Mungkin berbeza dengan orang lain. Berikut sue senaraikan harga : Konsultasi doktor - RM35, Scan perut - RM50 Test air kencing - RM6 Rekod rawatan - RM5 Total semua: RM96
by
Reviewer profile
Tunggu punya tunggu sampai sudah nombor giliran utk berjumpa doktor pakar yang diberi nama Dr. Noor Fidak :) Senyuman manis dan huluran salaman yang diberikan oleh doktor membuatkan daku terpegun, bukan apa. Muka doktor yang sejuk dan penuh sifat keibuan membuat daku x tahu nak ckp apa2...masyaAllah. Soalan pertama doktor kepada daku ialah Berapa lama sudah berkahwin? Kekekkekkeeke pandai doktor nih tahu daku panik sbb 1st time nak citer pun segan. So, bermulalah episod kenal mengenali. Eheheh hubby tersenyum2 sipu je dekat doktor...ahahhaha tawu dah dia pun malu nak citer hal2 pompuan kan.
by