Badan Nadwah Islamiah Pahang business logo picture

Badan Nadwah Islamiah Pahang


Background
Claim business

Wujud di awal 80′an – merupakan gabungan biro-biro agama, kelab kakitangan jabatan-jabatan kerajaan.


Menjalankan kegiatan dakwah bil lisan dengan tumpuan kepada program-program ceramah agama, forum-forum agama, kursus-kursus perkahwinan, kem motivasi serta kutipan derma bagi diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.


Didaftar secara sah pada 10 November 1997 dan tumpuan aktiviti bertukar kepada corak dakwah bil hal.

 


Service /Price Details

Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) adalah sebuah NGO berdaftar pada 10 November 1997. Aktiviti utama Nadwah tertumpu kepada kegiatan dakwah bil hal. Tujuan utama Nadwah ditubuhkan adalah :

  • Menegak, mengembang, berdakwah dan memperjuangkan cita-cita Islamiah.
  • Memberi, mengadakan, mengurus pelajaran dan pendidikan Islam dalam apa-apa cara yang tidak bertentangan oleh agama Islam dan sah di sisi undang-undang.
  • Menggembleng tenaga masyarakat Islam untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan umat Islam dalam lapangan sosial, kebajikan, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
  • Berusaha meningkatkan taraf hidup umat Islam yang kurang bernasib baik.
  • Menjalankan kegiatan memberi kemahiran kepada usahawan-usahawan agar dapat bersaing dengan usahawan lain.

 

Start share your experience with Badan Nadwah Islamiah Pahang today!