Senarai Peguam dan Firma Guaman di Malaysia

Ramai di antara kita berpendapat bahawa peguam hanya tertumpu kepada menjalankan kerja yang berkaitan undang-undang dan mengendalikan kes di mahkamah. Sebenarmya, peguam juga berperanan dalam menyediakan dan memberi khidmat nasihat kepada klien dalam situasi-situasi tertentu. Contoh, kes yang memerlukan khidmat nasihat peguam ialah kes tuntutan hak penjagaan anak. Dalam kes tuntutan hak penjagaan anak ini, ia adalah wajib bagi kita untuk mendapatkan khidmat peguam dan mendapatkan nasihat mereka sebelum kita boleh mengambil langkah-langkah seterusnya. Contoh lain, adalah kena tipu dengan ejen hartanah dan anda perlu menulis aduan tentang ejen hartanah tersebut. Peguam boleh menolong kita dan juga tolong mendapatkan ejen hartanah yang bagus. Ini menunjukkan peguam merupakan seseorang yang penting dalam urusan harian kita.

Selain itu, terdapat beberapa situasi, di mana kita memerlukan bantuan daripada seorang peguam. Situasi – situasi tersebut adalah seperti:

  • kemalangan melibatkan kecederaan diri atau kerosakan harta benda
  • masalah keluarga seperti perceraian atau tuntutan hak penjagaan anak
  • Penjualan atau pembelian rumah, hartanah, atau perniagaan
  • Diskriminasi atau gangguan di tempat kerja
  • Pembentukan atau penggabungan perniagaan
  • Penggubalan wasiat, amanah, atau pelan estet
  • masalah cukai
  • Ditangkap atau disoal siasat oleh pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang

Masalah yang disenaraikan di atas ini mungkin kelihatan remeh tetapi kita wajib mendapatkan  peguam untuk menyelesaikan masalah dari situasi sebegini. Oleh itu, kita harus mengetahui maklumat mengenai peguam dan firma undang-undang yang terbaik di sekeliling kita, supaya ia akan menjadi lebih mudah untuk kita pada masa hadapan.

Maka, saya telah pun mengumpul data dan maklumat mengenai peguam - peguam di seluruh Malaysia bersamaan dengan senarai firma guaman yang diiktiraf di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peguam mengikut negeri - negeri di Malaysia, sila klik pada senarai di bawah: -

Selain itu, anda juga mungkin mencari firma - firma guaman dan bukannya peguam untuk memudahkan urusan anda. Jadi, untuk maklumat lebih lanjut mengenai firma- firma guaman di Malaysia, sila klik di senarai firma di bawah ini mengikut negeri - negeri di Malaysia: -

Jika anda telah atau pernah mendapatkan perkhidmatan dari mana-mana peguam dan firma guaman yang di senarai di atas ini, anda boleh memberi ulasan tentang perkhidmatan mereka di halaman perniagaan mereka untuk membantu orang lain mendapatkan idea mengenai perkhidmatan mereka.

Jika anda mempunyai sebarang maklumbalas atau komen, anda boleh menghantar maklum balas dan komen anda di bawah atau hubungi kami.

Harap senarai di atas ini dapat membantu anda!

Share