Yayasan Sultanah Bahiyah business logo picture

Yayasan Sultanah Bahiyah


Background
Claim business

Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung Di Raja yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996.

Bagi yang berminat untuk menderma kepada Yayasan Sultanah Bahiyah bolehlah menulis cek atas nama YAYASAN SULTANAH BAHIYAH & dihantarkan ke alamat tertera. Terima kasih


Service /Price Details

FALSAFAH KAMI

YAKIN

Melahirkan keyakinan kepada masyarakat bahawa masih ada pembelaan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan juga YSB berusaha memberi keyakinan diri kepada semua untuk berjaya di dalam kerjaya, menghadapi tekanan hidup, takdir dan sebagainya.

SETIA
Ahli Lembaga Amanah dan kakitangan YSB senantiasa setia kepada janji, sumpah yang telah diamanahkan semasa penubuhannya, untuk berkhidmat kepada masyarakat dan selain dari itu, setia kepada Raja dan Negara.

BAKTI

Ditubuhkan untuk berbakti kepada masyarakat dan akan terus berusaha pada sepenuh masa bagi mencapai cita-cita ini.

 

Misi Kami

"Sebagai agen perubahan melalui kaedah memberi bantuan serta penyusunan dan perlaksanaan program-program yang bermanfaat kepada penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

 

Visi Kami

" Berusaha dengan bersungguh-sungguh mempertingkatkan kemahiran supaya mampu memberi perkhidmatan yang paling berkesan kepada orang yang di bantu."

 

Reviewer profile
4.0
  • Experienced
  • Friendly
  • Dedication
  • Environment
You are allowed to deduct 7% of your aggregate income to reduce your chargeable income by donate to them.
by