Yayasan Kebajikan Suria, Kota Kinabalu business logo picture

Yayasan Kebajikan Suria, Kota Kinabalu


Background
Claim business
*TEMPORARILY CLOSED*
Ditubuhkan pada 14 Mei, 1996 hasil ilham YBhg. Datuk Hajah Raya Erom, selaku pengasas dan pengerusi yayasan ini.
 
Pada awal penubuhannya, yayasan ini terletak di Kg. Likas dan beroperasi di sana sehingga awal tahun 2001.
 
Pada bulan Februari 2001, Yayasan Kebajikan Suria telah berpindah ke bangunan baru di Kg. Panjut, Berungis, Tuaran dan dikenali sebagai Kompleks Yayasan Kebajikan Suria.
 
Kompleks ini mempunyai tiga buah blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan, ruang pejabat, dewan makan, dapur, surau dan rumah untuk kakitangan. Kompleks ini juga turut menyediakan mini perpustakaan untuk kemudahan dan rujukan pembelajaran penghuni asrama.
 
Kelas tambahan dan kelas agama turut disediakan kepada para penghuni dan mendapat bantuan tenaga pengajar dari Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM).
 
Penghuni Kompleks YKS juga mendapat pendidikan di sekolah kerajaan di daerah Tuaran.

Service /Price Details

*TEMPORARILY CLOSED*

MATLAMAT

Berbakti kepada yang memerlukan

Membantu insan istimewa

Anak-anak tidak berkemampuan

Meningkatkan kesedaran berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak dan berkeyakinan.

Memberi ruang kepada setiap individu yang ingin berbakti.

Menanam sikap penyayang di kalangan masyarakat tanpa jurang perbezaan.

Start share your experience with Yayasan Kebajikan Suria, Kota Kinabalu today!