Tadika Riyadus Solihin business logo picture

Tadika Riyadus Solihin


Background
Claim business

Tadika Riyadus Solihin akan ditadbir oleh pasangan suami isteri, Encik Akashah dan Puan Hayati serta dibantu anakanda beliau iaitu Encik Mohd Azrul Hafizi bin Akashah yang mempunyai lebih kurang 10 tahun dalam bidang pendidikan. Puan Hayati mempunyai 4 cawangan tadika iaitu Tadika Aman Gemilang dan 5 cawangan taska iaitu Taska Pintar Gemilang. Manakala Encik Mohd Azrul Hafizi adalah bekas pensyarah di Kolej dan UiTM dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dari UiTM.

Tadika Riyadus Solihin adalah cawangan tadika yang terbaru di Selayang (deretan kedai bersebelahan Petronas Amaniah), yang akan menggunakan silibus yang terkini serta teknologi yang akan membuatkan kelas lebih menarik untuk anak-anak anda bermain sambil belajar.

Tadika Riyadus Solihin juga akan menumpukan kepada Bahasa Malaysia, Jawi, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Akhlak. Program Bacalah Anakku yang popular akan digunakan, serta menggabungkan teknik pembelajaran dan Program MiKIDS yang menggunakan multimedia dalam pembelajaran.

Kelas kami juga mempunyai penyaman udara yang akan membuatkan murid-murid sentiasa berada dalam keadaan selesa.

Start share your experience with Tadika Riyadus Solihin today!