Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas business logo picture

Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas


Background
Claim business

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN IKHTISAS merupakan salah satu institusi pendidikan Seni Kulinari bagi melahirkan graduan yang ingin memiliki laluan kerjaya yang dinamik dan cemerlang. IKHTISAS telah mendapat kelulusan Pentauliahan Pusat (L-02162) dan Program di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan tahap 2 dan 3. Selain dari menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas juga menawarkan perkhidmatan berkaitan kulinari kepada individu atau organisasi awam dan swasta. 


Service /Price Details

Antara perkhidmatannya adalah :

1. Menawarkan In-house training kepada organisasi awam dan swasta. (Kami pernah menawarkan in house training di Unit F&B Institut Latihan Fama Port Dickson, Pejabat KEMAS Parlimen Rembau, KEMAS Daerah Kuala Pilah, KEMAS Daerah Port Dickson, KEMAS Daerah Jelebu dan Kolej Yayasan UEM lembah Beringin.

2. Menawarkan perkhidmatan konsultansi dalam bidang kulinari (berkaitan set-up perniagaan, kiraan kos, mark up profit, menu dan sebagainya)

3. Membekalkan peralatan berkaitan kulinari (Chef Uniform, Safety Boot, Knife Set, Apron)

4. Menawarkan platform kepada industri makanan mencari pekerja bidang masakan (placement services)

5. Mengadakan bengkel masakan kepada orang awam (Bengkel masakan Junior Chef, Adults Baking Class)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau whatsap ditalian 06-631 2517 / 019-663 5250

Reviewer profile
4.0
  • Job Prospect
  • Environment
  • Value of Money
  • Availability
I love this institute, the classes there so informative & easy to learn.They are conducting "school holiday class" for Junior Chef as well. Both my daughters attended few times. They always wanted to do something like this. They had so much fun and chef shared some great techniques for kiddos too. A great memory!
by