Pusat Jagaan Harian Warga Emas Daerah Bentong (PAWE) business logo picture

Pusat Jagaan Harian Warga Emas Daerah Bentong (PAWE)


Background
Claim business

Penubuhan PAWE atau dulu dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE) adalah berdasarkan salah satu program yang dikenalpasti dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara mengambilkira pembangunan potensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat.

Dahulunya dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Mula beroperasi 1 Disember 2004. Penukaran nama kepada PAWE pada Mac 2012. Menerima geran tahunan dari kerajaan (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) bagi membantu pihak bertanggungjawab dalam pengurusan dan pelaksanaan PAWE. Dikendalikan oleh pertubuhan sukarela iaitu Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM)

 


Service /Price Details

OBJEKTIF PAWE:-

1) Kemudahan menjalankan aktiviti harian kepada warga emas
2) Bantuan dan sokongan moral, aktiviti rekreasi & ekonomi
3) Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian dan pengalaman mereka.

 

PENDAFTARAN:-
Buku Pendaftaran - bagi warga emas yang memohon untuk mengikuti aktiviti di PAWE sepenuh masa
Buku Kehadiran Harian – kehadiran warga emas sepenuh masa / ‘walk in’ ke PAWE



BAYARAN:-
- Tiada bayaran dikenakan
- Tindakan mengenakan bayaran boleh dipertimbangkan bagi menganjurkan sesuatu aktiviti tertentu yang melibatkan perbelanjaan tambahan

 

Start share your experience with Pusat Jagaan Harian Warga Emas Daerah Bentong (PAWE) today!