PERWIRA HOLIDAYS business logo picture

PERWIRA HOLIDAYS


Background
Claim business

PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD diasaskan oleh Mejar (B) Haji Mohd Abdul Wahab Bin Abdullah pada tahun 2019. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelancongan khususnya pengurusan haji dan umrah serta latihan-latihan yang berkaitan dengannya. Sebelum ini beliau pernah menubuhkan Syarikat KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL SDN BHD sebelum dipindah milik kepada salah seorang rakan niaga di Arab Saudi. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengurus JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD selama hampir 5 tahun. Berdasarkan pengalaman ini PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD dipacu dengan penuh bergaya di dalam industri pelancongan ini dengan meletakkan kualiti sebagai teras dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami. 


Service /Price Details

Kami juga menjadikan syarikat ini sebagai sebuah institusi latihan yang akan membekalkan tenaga-tenaga mahir dalam bidang pengurusan haji dan umrah. Pengarah Urusan syarikat yang juga merupakan pemilik syarikat HAQQ MANAGEMENT PLT telah menggunakan segala pengalamannya yang ada sebagai konsultan dalam pelbagai bidang untuk memberi yang terbaik kepada pelatih-pelatihnya. Meskipun PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD merupakan agensi pelancongan pertama yang didaftarkan di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, namun kami memiliki pelanggan dari seluruh negara yang terdiri dari berbagai latar belakang. Kami mempunyai hampir 150 orang Perunding Umrah di seluruh negara yang sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pelanggan dan orang ramai berkaitan dengan pelancongan.

Reviewer profile
4.4
  • Quality
  • Reliable
  • Value of Money
  • Availability
Agensi pelancongan pertama yang didaftarkan di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa serta memiliki pelanggan dari seluruh negara yang terdiri dari berbagai latar belakang. Mempunyai hampir 150 orang Perunding Umrah di seluruh negara yang sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pelanggan dan orang ramai berkaitan dengan pelancongan.
by