Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia business logo picture

Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia


Background
Claim business

Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) merupakan sebuah Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dimana keahliannya adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbilang kaum.

 

Asas penubuhan PKOKM ini bertujuan membantu kumpulan sasar Orang Kurang Upaya kerdil), dan memberi latihan mengikut bidang-bidang yang diminati di samping mengenalpasti jumlah masyarakat kerdil di Malaysia Pertubuhan ini berusaha memupuk nilai-nilai murni dan menanamkan semangat kerjasama persefahaman serta melahirkan masyarakat kerdil yang dinamik, berdikari, produktif dalam ekonomi, berkesedaran di dalam sosial dan nasional untuk faedah mereka sendiri. Pelbagai aktiviti dan usahasama dengan pelbagai agensi kerajaan, agen swasta dan NGO yang lain dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat kerdil yang berjaya sebagai contoh kepada masyarakat kerdil yang lain.

 

PKOKM sentiasa berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat kerdil membentuk jatidiri serta meningkatkan taraf hidup dengan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan. PKOKM menyeru kepada semua keluarga yang mempunyai anak OKU supaya tidak merasa rendah diri malah mendorong dan memberi sokongan kepada anak masing-masing supaya meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya lebih berdikari dan mempunyai halatuju kehidupan seperti insan lain.

 

Ibubapa OKU juga diharap dapat mendaftarkan anakanda dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menjadi ahli Persatuan OKU mengikut kategori OKU bagi mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Start share your experience with Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia today!