Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan business logo picture

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan


Background
Claim business
Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) telah ditubuhkan pada 30hb November, 2005 dan diluluskan sebagai pertubuhan berdaftar pada 30hb Disember, 2005 di bawah akta S (7) Akta Pertubuhan 1996. Ia adalah sebuah anak badan sukarela yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan.
 
Sehingga kini terdapat seramai 34 orang anak-anak yatim yang bersekolah dan tinggal di bawah jagaan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA). Anak-anak ini ditempatkan di tiga buah rumah di sekitar Gedong Lalang Ampangan, Seremban. Rumah-rumah tersebut telah diubahsuai menjadi sebuah asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan terutama dari segi pembelajaran.
 
Anak-anak yatim yang diambil untuk tinggal di Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) ini terdiri daripada anak-anak yang bersekolah iaitu dari lingkungan umur 3 tahun sehingga 17 tahun. Anak-anak ini dipilih daripada latar belakang keluarga yang amat memerlukan bantuan dan mereka yang kematian bapa ataupun kematian kedua-duanya sekali.
 
Terdapat 3 buah asrama di pertubuhan ini iaitu Saidatina Humairah dimana ianya merupakan asrama yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan. Asrama ini juga merupakan unit pentadbiran dan juga pusat dimana segala aktiviti yang dijalankan dilakukan disini. Disini juga anak-anak lelaki dan perempuan pertubuhan ini belajar dan makan bersama. Manakala 2 lagi asrama iaitu Saidina Hassan dan Saidina Hussin adalah merupakan asrama yang menempatkan pelajar-pelajar lelaki. Asrama Saidatina Humairah dan asrama Saidina Hassan adalah rumah yang disewakan oleh penduduk setempat kepada pertubuhan ini manakala asrama Saidina Hussin pula merupakan rumah yang telah diwakaf guna pakai sementara oleh seorang hamba Allah. Setiap asrama ini mempunyai seorang penyelia untuk memantau dan menjaga mereka.

Service /Price Details
Objektif Penubuhan
  • Mengasuh, mendidik dan memotivasikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan. Ini termasuklah pengajian Al-Quran, kelas fardhu ain dan berkaitan dengan keagamaan.
  • Membiayai dan menguruskan kehidupan dan persekolahan anak-anak yatim.
  • Mengawal masalah sosial yang mungkin akan timbul daripada anak-anak yang terbiar dan tiada arah.
  • Memberi galakkan, peluang, bimbingan dan mengambil bahagian di dalam bidang kesukaan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang berdaftar dan badan kerajaan.
  • Melatih untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang baik di antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa.
  • Selepas pengajian di sekolah menengah, pihak pertubuhan akan membantu dan mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran seterusnya. Jika anak-anak ini tidak berjaya, mereka ini pula akan di bantu untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kemampuannya.
Start share your experience with Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan today!