Dr Shazly Bin Safian business logo picture

Dr Shazly Bin Safian

Reviewer profile
594685 review images

“Saya mengalami sakit di bahagian perut selama 3 ke 4 hari. Gejala yang paling kerap berlaku adalah rasa sakit atau seperti terbakar di bahagian ulu hati atau tengah abdomen diantara dada dan pusat. Kesakitan ini akan semakin teruk jika perut saya kosong dan boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.

Saya terus datang ke Pantai Hospital Laguna Merbok dan dinasihatkan oleh Dr Shazly Safian untuk membuat prosedur Endoskopi iaitu (OGDS) untuk memeriksa keadaan perut saya. Setelah prosedur dilakukan saya diberitahu oleh Dr Shazly bahawa saya mengalami Ulser Perut.

Saya diberikan rawatan yang begitu baik daripada Dr Shazly sehingga saya merasa keadaan saya semakin pulih. Kesakitan yang saya alami sebelum ini juga sudah hilang setelah dirawat oleh Dr Shazly. Terima kasih Dr Shazly atas servis yang diberikan.”

by
Reviewer profile
592904 review images

Saya melihat video mengenai bersunat oleh Dr Shazly, Pakar Bedah Am di halaman facebook Pantai Hospital Laguna Merbok. Saya juga telah membuat temujanji melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan semuanya diuruskan oleh pihak hospital.

Setelah selesai menjalani prosedur bersunat, Dr shazly banyak memberikan penerangan mengenai penjagaan selepas bersunat. Saya amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Dr Shazly. Apa yang saya lihat, jahitannya cantik, cepat sembuh dan juga tiada sebarang jangkitan yang berlaku.

Servis yang diberikan oleh bahagian kecemasan semasa melakukan ujian Swab test sebelum kemasukan wad juga menarik perhatian saya kerana anak saya tidak menangis sama sekali. Kakitangan bahagian kecemasan sangat profesional dalam menenangkan anak saya yang berusia 5 tahun.

by