Dr. Mathews Joy Mathew business logo picture

Dr. Mathews Joy Mathew

Reviewer profile
592919 review images

Ini adalah kali keempat saya bersalin di Pantai Hospital Laguna Merbok secara Caesarean. Saya dan suami berpuas hati atas servis yang diberikan oleh Dr Mathews, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, kerana beliau seorang Dr yang sangat bagus dan juga baik .

Daripada anak pertama sehingga anak keempat saya disambut oleh Dr Mathews, saya berpuas hati kerana selepas menjalani prosedur Caesarean, saya tidak mengalami sakit yang begitu lama. Setelah 3-4 hari saya sudah boleh berjalan seperti biasa tanpa merasa sakit sedikit pun. Jahitan yang diberikan oleh Dr Mathews juga amat kemas dan teliti.

Terima kasih Dr Mathews dan juga jururawat bilik Bersalin kerana memberikan servis yang terbaik semasa saya melahirkan anak pertama dan sehingga saya melahirkan anak yang keempat. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah

by
Reviewer profile
592920 review images

Pertama kali saya berjumpa dengan beliau, beliau amat baik. Sama seperti apa yang kawan saya ceritakan, yang merupakan bekas pesakit beliau. Saya disyorkan oleh kawan saya untuk berunding dengan Dr Mathews.

Penerangan yang diberikan oleh Dr Mathews amat mudah difahami, disertai dengan sikapnya yang mesra dan baik. Saya berasa sangat selesa dan berpuas hati atas layanan yang diberikan oleh beliau.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Mathews, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan di Pantai Hospital Laguna Merbok dan pembantu klinik kepada Dr Mathews iaitu Puan Syamira atas servis yang diberikan

by