Dr. Ling Shih Gang business logo picture

Dr. Ling Shih Gang

Reviewer profile
Menurut Dr Ling, vaksin MMR amat penting diberikan kepada semua kanak-kanak kerana satu perkara tentang campak ini, ia amat senang berjangkit dan komplikasinya amat berbahaya contohnya masalah pendengaran, kerosakan otak, lumpuh, fungsi kognitif rosak, hilang ingatan dan turut boleh membawa maut.
by
Reviewer profile
Menurut Dr Ling, wujudnya golongan anti-vaksin ini disebabkan satu kajian yang diterbitkan dalam Journal Lancet dalam tahun 1998, yang mengatakan vaksin menyebabkan autisma kepada kanak-kanak namun kajian tersebut telah ditarik balik oleh jurnal tersebut kerana bersifat berat sebelah dan tidak berwibawa. Kajian tersebut hanya memberi laporan kajian tentang 12 orang kanak-kanak. Biasanya, untuk satu kajian yang boleh dipercayai memerlukan ramai subjek malah sehingga berpuluh ribu subjek. Jika 12 orang sahaja, ia tidak cukup kukuh untuk membuat doktor menukar fikiran dan cara rawatan. Kajian tersebut kemudian telah dibuktikan tidak tepat malah Journal Lancet juga sudah tidak mengiktiraf kajian tersebut kerana tidak begitu berwibawa kerana didapati penulis kajian itu juga mempunyai hubungan dengan golongan anti-vaksin yang menyaman pencipta vaksin MMR dan peguam-peguam yang membela ibu bapa ini telah membayar duit sogokan kepada penulis kajian tersebut. Akhirnya lesen menjadi doktor penulis kajian tersebut telah ditarik kerana menyalahi tatatertib seorang doktor.
by