Dr. Ling Shih Gang business logo picture

Dr. Ling Shih Gang

Reviewer profile
Menurut Dr Ling, vaksin MMR amat penting diberikan kepada semua kanak-kanak kerana satu perkara tentang campak ini, ia amat senang berjangkit dan komplikasinya amat berbahaya contohnya masalah pendengaran, kerosakan otak, lumpuh, fungsi kognitif rosak, hilang ingatan dan turut boleh membawa maut.
by
Reviewer profile
Menurut Dr Ling, tiada rawatan khas untuk demam campak, sekadar rawatan untuk merawat simptom dan komplikasinya yang paling berisiko untuk pesakit dalam kalangan kanak-kanak. Tiada rawatan spesifik terhadap demam campak, sama seperti kebanyakan virus lain seperti denggi. Antibiotik sememangnya tiada kesan kepada campak kerana antibiotik melawan kuman bakteria. Jadi, kita memberi rawatan simptomatik bagi mengawal simptom penyakit tersebut. Sebagai contoh, ubat demam bagi meredakan demam dan ubat sapu bagi mengurangkan kegatalan ruam campak dan sebagainya.
by