D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet business logo picture

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet


Background
Claim business

D’Kayangan Steamboat Buffet Shah Alam akan menyajikan sajian istimewa dan sudah pasti ia memenuhi selera masyarakat tempatan terutamanya masyarakat Melayu.

 

Konsep keseluruhan masakan bagi restoran ini ialah grill, steam, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ. Bagi penggemar daging kambing pula, restoran ini turut menyediakan kambing panggang setiap hari dan sangat lazat dan menyelerakan.

 

ALL YOU CAN EAT

3 DALAM 1 (Steamboat + Grill + BBQ Arang)

Sizziling Grill + Stimboat + Skewer + Otak2 + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air sejuk + Teh Tarik.

Harga Dewasa : RM40.20nett sahaja

Harga Kanak2 (5-11tahun) : RM20.05nett sahaja

 

Dengan harga yang ditawarkan, anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan dijamin halal seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, ayam dan banyak lagi bersama minuman percuma sejuk atau panas. Restoran Stimbot BBQ D’Kayangan turut menghidangkan buah-buahan, pencuci mulut, aiskrim dan ais batu campur (ABC).

 

Anda boleh berkunjung ke restoran kami bertempat di Apartment Servis Sri Acapella, Seksyen 13, Shah Alam berdepan dengan Restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan Kafe Hayaki.

 

Restoran kami beroperasi setiap hari dari pukul

5ptg-2pagi.

 

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan untuk majlis keraian, majlis berbuka puasa dan majlis rasmi boleh hubungi: 017-327 7904 / 012-297 1091 / 03-5523 4979.

Start share your experience with D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet today!