Pakar Perunding Otorinolaringologi Pusat Pakar UKM (UKMSC), Profesor Dr. Marina Mat Baki berkata, peti suara adalah organ yang mengeluarkan bunyi atau suara. "Peti suara terletak di belakang halkum di antara tekak di bahagian atas dan trakea di bahagian bawah yang bersambung dengan paru-paru. Di dalam peti suara terdapat sepasang pita suara kiri dan kanan yang membuka semasa bernafas dan tertutup atau bertemu antara satu sama lain ketika bersuara. Bagaimanapun ramai yang salah faham, sebenarnya tonsil dan anak tekak bukan peti suara,'' tegasnya. Peti suara terletak pada bahagian larinks seseorang. Sebenarnya pita suara atau glotis menjadi pengawal yang menentukan sebanyak mana udara yang keluar, kadar kenyaringan (pitch) dan kekuatan (amplitude) suara seseorang.
Rank 35 of 296 in Ear Nose Throat (ENT)
Nombor Telefon : +60391710141
UKM Specialist centre, Tingkat 7, Blok Klinikal, Hospital UKM, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Batu 9, Cheras, 56000, Kuala Lumpur