Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Tua Kinta (Hawa) business logo picture

Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Tua Kinta (Hawa)


Background
Claim business

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh mula beroperasi pada 1 Disember 1998. Pada waktu itu, pertubuhan beroperasi di atas nama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Tua Daerah Kinta, Perak (Hawa Kinta). Pertubuhan ini bertempat di JKR. No. 158/3, Jalan Taman Pari, Ipoh. Pengasas pada masa itu ialah Allahyarham Hj. Abdul Wahab B. Yeop Ariffin. Pada bulan 5, 2003 pertubuhan ini telah berpindah ke alamat No. 79, 80, 89 & 90, Jalan Sungai Pari, 30200 Ipoh, Perak yang terdiri daripada bangunan empat buah berkembar kuarters kerajaan.

Kuarters ini disewa dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) dengan kadar sewa sebanyak RM300 sebulan. Pertubuhan ini telah diambil alih oleh anak Allahyarham Haji Abdul Wahab bin Yeop Ariffin, iaitu Encik Abdul Wahadi bin Haji Abdul Wahab. Pada tanggal 30hb Mei 2006, pertubuhan  ini telah didaftarkan serta beroperasi di atas nama yang baharu iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Ipoh ini telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. Nombor pendaftaran bagi pertubuhan ini adalah 0604-06-PRK. Pertubuhan ini juga terdiri daripada ahli gabungan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Pada masa kini, anak-anak yatim  di bawah kelolaan dan jagaan pertubuhan ini adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lapan orang perempuan. Mereka berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 64 tahun.


Service /Price Details

Kategori anak-anak yatim di bawah penjagaan pertubuhan ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan. Kemasukan anak-anak yatim ke dalam pertubuhan ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan ini. Ahli jawatankuasa di dalam pertubuhan ini adalah seramai 10 orang di mana 5 orang bekerja secara sukarela manakala seramai empat orang pekerja tetap yang dibayar gaji pada setiap bulan.

Start share your experience with Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Tua Kinta (Hawa) today!