SMK Mohd Khalid business logo picture

SMK Mohd Khalid


Background
Claim business
SMK Mohd Khalid merupakan sebuah sekolah kawalan dalam daerah Johor Bahru. Bangunan sekolah ini pada asalnya adalah Maktab Perguruan Mohd Khalid dan telah dibangunkan semula bermula pada tahun 2006 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor khusus bagi membuka peluang kepada anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan untuk bersaing dengan rakan-rakan yang memiliki pencapaian yang setara dengan mereka.
 
Pada 3 Januari 2006, SMK Mohd Khalid telah menempa sejarah apabila satu Majlis Penyerahan Plak Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan JPNJ, Tuan Haji Zakaria bin Abd. Shukor. Dengan penyerahan plak tersebut, maka bermulalah sesi persekolahan 2006 dengan rasminya. SMK Mohd Khalid beroperasi di SMK Tasek Utara dan berpindah ke premis baru mulai 1 Julai 2006. Tenaga pengajar perintis SMK Mohd Khalid diterajui oleh Tuan Haji Suleiman bin Haji Abd. Rahman selaku Pengetua bersama Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum serta 13 orang guru penolong dibantu oleh 4 orang staf sokongan.
 
Penubuhan sekolah ini mendapat sokongan padu PIBG yang sentiasa memberikan sumbangan dalam bentuk idea dan kewangan sekaligus turut sama memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini. 
 
Reviewer profile
3.4
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
People in Johor Bahru is fortunate to have SMK Mohd Khalid situated here, to receive the free eductaion
by
Reviewer profile
3.0
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
SMK Mohd Khalid terletak di kawasan Bandar dan mempunyai bilangan guru sebanyak 47 orang dan bilangan murid sebanyak 536 orang. Nisbah bagi guru dan murid adalah 1:11
by