SBP Integrasi Batu Rakit business logo picture

SBP Integrasi Batu Rakit


Background
Claim business


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau nama ringkasnya BRaInS, (Bahasa Inggeris: Batu Rakit Integrated Boarding School) ialah Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Terengganu Darul Iman. Sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang pertama ditubuhkan di Terengganu.

Di samping itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2016 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka.

Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit

Reviewer profile
4.6
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
SBP Integrasi Batu Rakit diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikcan Malaysia sebagai kohort 3 dalam sekolah cemerlang kategori SM
by
Reviewer profile
3.0
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
SBP Integrasi Batu Rakit terletak di kawasan Luar Bandar dan mempunyai bilangan guru sebanyak 83 orang dan bilangan murid sebanyak 458 orang. Nisbah bagi guru dan murid adalah 1:6
by