Rafida Rejab & Co. business logo picture

Rafida Rejab & Co.


Background
Claim business

Rafida Rejab & Co. merupakan sebuah firma perunding kewangan dan perakaunan. Dimiliki sepenuhnya oleh akauntan Bumiputera, prinsip perkhidmatan kami adalah berlandaskan profesionalisma, standard etika yang tinggi, dan pengurusan kualiti menyeluruh bagi memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan.

Kami menawarkan kepakaran berbentuk profesional kepada para pelanggan dan mengambil langkah-langkah terkini supaya sistem pengurusan kewangan dan perakaunan pelanggan terurus dengan baik dan terancang.

Rafida Rejab & Co. sentiasa memahami dan mengikuti isu-isu perniagaan semasa dan perubahan sistem perundangan yang signifikan kepada pihak pengurusan. Kami berusaha sedaya yang mampu untuk meningkatkan keutuhan kemahiran dan pengetahuan bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

Menjadi keutamaan kami untuk memahami matlamat dan keperluan pelanggan. Fokus kami juga bagi memastikan pelanggan kami mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkaitan khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain. Dalam hal ini kami sentiasa memastikan tenaga kerja terlatih sentiasa mencukupi untuk memberi perkhidmatan terbaik terutama dalam mengejar tempoh tamat mengikut undang-undang.


Service /Price Details

1. Setiausaha Syarikat

- Pendaftaran Syarikat “Sdn. Bhd” (Pendaftaran baru atau belian syarikat tersedia)
- Perkhidmatan Kesetiausahaan
- Konsultansi Korporat
2. Perakaunan

- Perakaunan kewangan (bulanan dan tahunan)
- Perakaunan kewangan terperinci (Untung rugi berasaskan unit/produk/perkhidmatan/projek)
- Analisis kos
- Perakaunan khusus (penyesuaian bank, akaun penghutang, akaun pemiutang)
- Konsultansi Perakaunan dan “book-keeping”
3. Audit

- Audit Statutori
- Pengauditan khusus (bagi tujuan penggabungan dan pengambilalihan syarikat)
- Laporan Akauntan (syarikat guaman)
- Audit Dalaman
4. Percukaian/ Zakat

- Cukai Syarikat
- Cukai Individu
- Cukai Keuntungan Harta Tanah
- Perancangan cukai dan konsultansi
- Zakat perniagaan
- Agen kutipan zakat
5. Perkhidmatan Keusahawanan

- Penilaian Perniagaan
- Kertas Kerja untuk Pembiayaan Modal

Reviewer profile
3.8
  • Experienced
  • Reliable
  • Value of Money
  • On Time
Rafida Rejab & Co. is a non-audit member of Malaysian Institue of Accountants (MIA), the statutory government body of the accounting profession in Malaysia.
by