Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu business logo picture

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu


Background
Claim business

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) mula ditubuhkan pada tahun 1950 dan dikenali sebagai Pejabat Khazanah Besar. Ia terletak di tapak Wisma Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pejabat Jam Besar), tapak Wisma Darul Iman masa ini. Pejabat Khazanah Besar ini seterusnya berpindah ke Bukit Pak Apil pada tahun 1964. Pejabat tersebut diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri pula merupakan salah satu unit di bawah Pejabat Khazanah Besar.

Pejabat ini kemudiannya telah berpindah ke Wisma Negeri. Pada tahun 1981, Majlis Kewangan Negara telah memutuskan Perbendaharaan dan Kewangan diasingkan menjadi Pejabat Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri. Dalam tempoh tersebut, Pejabat Kewangan Negeri dan Pejabat Akauntan Negeri telah berpindah ke Wisma Darul Iman pada tahun 1986.

Kedua-dua pejabat Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri kemudiannya digabungkan semula pada tahun 2004, bersesuaian dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya struktur organisasi Pejabat Perbendaharaan Negeri seluruh negara diseragamkan dan diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu kini ditempatkan di Tingkat 3 & 4, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Reviewer profile
4.6
  • Experienced
  • Friendly
  • Processing Fees
  • Waiting Time
Dalam Laporan Audit Tahun 2014, Perbendaharaan Negeri telah mendapat keputusan Cemerlang dalam bahagian Penarafan Indeks Akauntabiliti, iaitu sebanyak 93.69 dari 100. Ini merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan.
by
Reviewer profile
4.6
  • Experienced
  • Friendly
  • Processing Fees
  • Waiting Time
Dalam Laporan Audit Tahun 2011, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu telah mendapat keputusan Cemerlang dalam bahagian Penarafan Indeks Akauntabiliti, iaitu sebanyak 91.02 dari 100. Ini merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan.
by