Pasti An Nahli (Melati Utama) business logo picture

Pasti An Nahli (Melati Utama)


Background
Claim business

Diasaskan oleh YM Engku Mohd Hafiz dan sahabat-sahabat. Pasti pertama yang di tubuhkan adalah PASTI An Najihah di Blok D2, Taman Melati pada tahun 2012. Sambutan daripada ibubapa untuk menghantar anak-anak ke pasti sangat menggalakan. Maka pihak pengurusan pasti WM telah membuka sebuah lagi pasti di Melati Utama iaitu Pasti An Nahli pada tahun yang sama. Pada tahun 2013 pasti mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi pasti di Sungai Mulia iaitu Pasti Darul Iqra’ telah dibuka. Mendapat sepenuhnya kerjasama dan pembiayaan oleh Hj Kamil dan Isteri. Pada bulan Jun 2013 Pasti Saidina Khadijah telah dibuka kerana permintaan yang tinggi oleh  ibubapa di sekitar Taman Setapak Indah dan Danau Kota. Insyallah PASTI Wangsa Maju akan terus berkembang untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

Start share your experience with Pasti An Nahli (Melati Utama) today!