Ko Skin Specialist Kajang business logo picture

Ko Skin Specialist Kajang

Reviewer profile
Bawa anak pergi ke klinik. Bagi saya, doktor agak cute dan mesra. Staf pun sama. Selesa sahaja semasa berada dalam klinik. Kawasan klinik pula, sangat senang cari tempat letak kenderaan. Cuma harap pihak klinik boleh menambahkan tempat duduk. Masa saya sampai, kurang ramai pelanggan jadi sangat cepat sampai giliran anak saya. Lepas keluar, nampak ramai pelanggan. Tapi disebabkan kekurangan tempat duduk jadi kena berdiri. Selain ini, semuanya baik sahaja.
by
Reviewer profile
Bagi saya, klinik senang dicari. Cantik dan selesa juga. Saya rasa layanan penyambut tetamu boleh mesra lagi. Harap konsultasi daripada doktor boleh lebih lanjut lagi, sebab saya ingat doktor akan menjelaskan punca masalah seperti produk, pemakanan, gaya hidup, kebersihan dan mungkin punca lain. Namun, apa yang doktor beritahu agak umum.
by