Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah business logo picture

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah


Background
Claim business

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak merupakan salah satu daripada empat Jabatan di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jabatan ini telah diwujudkan dalam tahun 1976. Sebelum ini sektor ternakan di Sabah telah dikawalselia oleh Jabatan Pertanian Sabah di bawah naungan Bahagian Perusahaan Ternak yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah.

Tugas utama pada waktu tersebut sebahagian besar meliputi program pencegahan jangkitan penyakit dan rawatan ternakan. Hanya pada 01 Januari 1976, Bahagian ini ditauliahkan menjadi sebuah jabatan dengan nama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Aktiviti Jabatan ini juga diperluaskan untuk mencakup pengeluaran dan pembangunan industri ternakan di Sabah.


Service /Price Details

FUNGSI
Menurut perintah dalam Ordinan Haiwan 1962 JPHPT Sabah telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan ternakan.
  • Pengawalan, pencegahan dan penghapusan penyakit haiwan, kuarantin dan penyelidikan.
  • Penggandaan latihan bagi industri ternakan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil ternakan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur dan pengawalan tempat penyembelihan.
  • Pengembangan pengeluaran dan kesihatan ternakan.
Reviewer profile
4.4
  • Experienced
  • Friendly
  • Processing Fees
  • Waiting Time
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak got an excellent score of 91.49 out of 100 in Accountability Index Rating done by National Audit Department. The result is based on the auditor report year of 2015.
by