Dr. Mathi Arasu Muthusamy

4 Comments

More Info
Reviewer profile

First of all, macam pelik je review kat bawah2 ni. Dr arasu adalah dr fertility saya. Saya undergo treatment dengan dr arasu. Dr arasu sangat prihatin, cekap, telus, very soft spoken, dan yang paling penting, kami sangat puas hati setiap penjelasan dari dr arasu. Kalau ada plan nak jumpa dr arasu, better siap soalan byk2 kat dia dulu. Dr arasu akan jawab dan explain sampai kita faham dan puas hati. Penjelasan during TVS mmg sangat bagus. Saya buat ivf dengan dr arasu, alhamdulillah, berjaya Dan selamat bersalin pada 29/8/2020. Sepanjang perjalanan ivf Dan pregnancy saya, dr arasu sangat concern dan beri advice yang bersesuaian dengan keadaan saya. Overall, Mmg sangat puas hati dengan dr arasu. recommend sgt untuk sesiapa yang bak conceive atau ada masalah wanita, jumpa dia.

by
Reviewer profile
Menurut Dr Arasu Muthusamy, perkara paling mustahak jika ingin mendapatkan anak adalah pasangan suami isteri itu perlu menjalani pemeriksaan kesuburan selepas enam bulan berkahwin sekiranya wanita tidak hamil lagi pada tempoh sebelum itu. Ujarnya, tahap kesuburan seseorang individu bergantung pada usia memandangkan penghasilan hormon semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Malah, jika hamil kandungan tersebut juga dikategorikan sebagai kandungan berisiko.
by
Reviewer profile
Menurut Dr Mathi Arasu, apabila menyentuh isu kesuburan lazimnya golongan wanita lebih kerap dikaitkan, walhal 50 peratus masalah kesuburan dipengaruhi lelaki. Manakala 50 peratus lagi adalah berkait rapat dengan faktor umur kerana wanita berdepan dengan menopaus. Secara purata setiap pasangan yang berkahwin, mereka mempunyai peluang sekitar 85 peratus untuk mengandung pada tahun pertama perkahwinan, namun kira-kira 15 peratus pasangan akan mengalami masalah kesuburan.
by
Reviewer profile
Dr Mathi Arasu Muthusamy berkata, umur wanita sangat berkait rapat dengan kesuburan dan semakin berusia seseorang wanita, kesuburannya semakin menurun. Secara keseluruhan, waktu subur wanita berusia 25 higga 35 tahun. Bagi wanita yang berusia kurang 30 tahun, peluang mengandung lebih 60% manakala sebaik mencecah usia 36 tahun, peluang itu menurun kepada kira kira 50%, dan menurun lagi antara 20 higga 30 peratus pada umur 40 tahun.
by