Dr. Mak Choon Soon business logo picture

Dr. Mak Choon Soon

Reviewer profile
Perunding Neurologi Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Mak Choon Soon, berkata penyakit itu juga boleh berlaku akibat tekanan terlampau tinggi pada bahagian otak seterusnya menyebabkan salur darah dalam otak pecah. Penyakit ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu pembuluh darah (trombus) tersumbat mengakibatkan oksigen dan darah terganggu serta adanya pembuluh darah pecah. Biasanya strok pendarahan berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Ia lebih berbahaya berbanding strok bukan pendarahan kerana serangannya boleh menyebabkan ajal manakala peluang pemulihan sepenuhnya tipis, katanya.
by
Reviewer profile
Menurut Dr. Mak Choon Soon, bagi ahli keluarga atau teman serumah yang berhadapan dengan pesakit diserang sawan, diingatkan supaya tidak panik kerana sawan itu biasanya akan berhenti selepas satu hingga dua minit. Beberapa langkah boleh diamalkan oleh orang sekeliling apabila seseorang diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri dengan meletakkan pesakit dalam posisi mengiring dan tundukkan sedikit kepalanya untuk mengelak dari tersedak air liur yang boleh mengakibatkan lemas semasa tidak sedar sewaktu sawan.
by