Menurut Dr Loo, influenza tidak seperti selsema kerana banyak perbezaan walaupun kelihatan sama. Flu ialah jangkitan yang serius dan boleh mengakibatkan komplikasi yang mengancam nyawa seperti radang-radang paru-paru, bronkitis dan menyebabkan penyakit kronik menjadi lebih teruk.
Jangkitan influenza perlu diawasi kerana membawa banyak kesan buruk namun masih ramai yang bersikap sambil lewa terhadap penyakit itu.