1 Comments

More Info
Reviewer profile
Menurut Dr Ibrahim Lam, buasir boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira usia dan jantina. Ujarnya, simptom utama buasir adalah bengkak dan berlaku pendarahan dari dubur ketika membuang air besar. Jika simptom berpanjangan, boleh menyebabkan rasa sakit, berlaku pengeluaran lendir dan kecacatan kosmetik. Faktor yang menyebabkan buasir masih tidak jelas dan berbeza mengikut pesakit. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini berpunca daripada sembelit berpanjangan, meneran ketika membuang air besar, peningkatan tekanan intra-abdomen yang disebabkan oleh kehamilan dan batuk kronik.
by