Dr. Beni Isman bin Rusani business logo picture

Dr. Beni Isman bin Rusani

Reviewer profile
Dr Beni Isman Rusani berkata bahawa tiga jenis penyakit berkaitan jantung yang utama adalah penyakit arteri koronori (CAD), penyakit lemah jantung dan struktur jantung yang rosak atau tidak lengkap (seperti kerosakan injap dan jantung berlubang). Beliau berkata, berdasarkan data daripada National Cardiovascular Disease Database (NCVD) 2011-2013 yang membabitkan 18 hospital di seluruh negara, mendapati sebanyak 4,047 kes serangan jantung dilaporkan berlaku pada 2011, manakala pada 2012, jumlahnya meningkat kepada 4,589 kes dan pada 2013 pula keseluruhan kes serangan jantung yang direkodkan adalah sebanyak 6,127 kes. Daripada keseluruhan pesakit ini, 20 peratus adalah berusia bawah 40 tahun.
by