Dr. Ahmad Nizar Jamaluddin business logo picture

Dr. Ahmad Nizar Jamaluddin

Reviewer profile
Menurut Dr Admad Nizar, masalah rentak degupan jantung tidak sekata (arrhythmia) sama ada berdenyut terlalu laju atau terlalu perlahan berlaku apabila impuls elektrik yang menyelaras degupan jantung tidak berfungsi dengan betul. Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
by
Reviewer profile
Dr. Ahmad Nizar Jamaluddin is a Member of the National Heart Association of Malaysia (NHAM).
by