Pakar Ginekologi Wanita yang Popular di KL & Selangor

Salah satu keputusan yang penting yang perlu dibuat semasa awal hamil adalah untuk memilih pakar sakit puan (gynae) atau obstetrik (OB) yang anda percayai untuk melalui perjalanan bermakna ini bersamanya. Dalam membuat keputusan ini, seorang bakal ibu perlu mengambil kira tahap keselesaannya dengan pakar sakit puannya lebih daripada tahap profesional seseorang gynae itu. Ini kerana, seorang wanita akan mendedahkan bahagian yang paling sensitif baginya kepada seseorang yang beliau tidak kenal. Percayalah, ia bukan mudah untuk berbuat demikian, itulah sebabnya saya lebih suka pergi kepada gynae perempuan.

Jadi, saya membuat kajian dan mengenal pasti beberapa pakar ginekologi wanita yang bagus dan popular di KL dan Selangor. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini tidak mengikut turutan keutamaan, dan saya bukan bertujuan untuk mencari gynae yang terbaik, tetapi hanya nak berkongsi senarai gynae atau OB yang popular dan agak bagus. Jika anda sedang mencari pakar gynae di Johor, anda boleh klik di sini. Penang? Baca artikel ini.

  1. Dato' Dr. Siti Zaliha Zainal

Dato' Dr. Siti Zaliha Zainal sangat popular di kalangan bakal ibu. Ramai daripada mereka lebih mempercayai Dato' untuk menjadi doktor mereka kerana beliau sangat profesional dalam kerjanya dan berpengalaman luas. Beliau dikenali dengan sikapnya yang penyayang dan seorang yang akan memberi penjelasan terperinci. Dato Dr. Siti mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya kepadanya. Disebabkan beliau sangat popular, untuk mendapatkan temujanji dengan beliau agak susah. Temujanji Dr. Siti biasanya penuh untuk 2-3 bulan berikutnya. Kalau anda pergi tanpa temujanji, anda akan menunggu sangat lama. Tanpa temu janji, barisan untuk berjumpa dengan Dato bermula dari jam 7.30 pagi, manakala doktor sakitp puan ini akan sampai pukul 9.30 pagi. Ya! Beliau begitu popular!

Menurut salah seorang pesakit beliau, Dato’ Dr. Siti hanya membuat pemeriksaan mengandung sehingga kandungan berumur 6 bulan sahaja. Beliau mungkin sudah berhenti servis menyambut anak. (kemaskini pada Mei 2016) Yuran perubatan Dato Dr. Siti dikira munasabah. Caj lawatan perubatan beliau biasanya dalam lingkungan RM80-RM150 setiap kali lawatan. Oleh kerana Dr. Siti hanya bekerja di hospital, beliau hanya melahirkan bayi di SJMC.

  1. Noor’ Aini Kassim

Dr. Noor Aini Kassim juga adalah pakar sakit perempuan di SJMC. Beliau adalah seorang yang sangat terus-terang sehingga kadang-kala pesakit beliau senang terasa dengan sikapnya. Dr. Noor’ Aini sentiasa memberitahu pesakit apa yang mereka perlu lakukan, termasuk memarahi pesakit jika mereka melakukan apa-apa kesalahan. Beliau adalah seorang yang menjaga kebajikan pesakit. Dr. Noor' tidak mementingkan duit dan yuran konsultasinya agak murah berbanding dengan doktor bidan lain. Beliau sangat berpengalaman dalam melahirkan bayi. Dr. Aini lebih suka melakukan pembedahan “Caeserean” dan bukannya melahirkan anak secara normal. Kebanyakan pendapat dari bekas pesakitnya adalah beliau menjalani pembedahan dengan cepat dan bagus. Saya akan mengesyorkan anda untuk pergi kepadanya hanya jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan nasihat yang sebenar dan tidak mengharapkan pujian daripada doktor anda.

  1. Tang Bong Nee

Dr. Tang Bong Nee berkhidmat di SJMC dan Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC). Sifat ceria beliau membuatkan beliau mudah didekati oleh pesakit. Dr. Tang seorang pendengar yang baik, mesra dan prihatin terhadap keperluan pesakit beliau. Dr. Bong Nee sangat terperinci dalam menjawab soalan daripada pesakit beliau, ini banyak membantu dalam menenangkan bakal ibu yang bimbang dengan kehamilan mereka. Pakar sakit puan ini sentiasa mengingatkan pesakit beliau untuk lebih berhati-hati semasa tempoh kehamilan dan selalu berkongsi tip-tip bagaimana untuk meningkatkan kesihatan kedua-dua ibu dan bayi. Dr. Tang lebih suka dan menggalakkan pesakit beliau untuk melahirkan anak secara normal.

Jadual beliau selalu penuh sehingga masa menunggu untuk berjumpa beliau adalah sangat panjang dan tempoh konsultasi dengan beliau paling lama pun mengambil masa 10-15 minit, kecuali jika perlu membuat ujian. Yuran konsultasi Dr. Bong adalah munasabah, tetapi boleh kosongkan poket anda jika anda dinasihatkan untuk membuat ujian. Bagaimanapun, beliau tidak akan memaksa anda untuk mengambil mana-mana ujian ini, dan beliau akan membiarkan anda membuat keputusan sama ada anda mahu mengambil ujian tersebut, dan hanya akan membuat ujian yang anda rasa selesa. Satu perkara yang anda perlu tahu mengenai Dr. Tang adalah beliau lebih cenderung untuk mengutamakan ibu-ibu mengandung. Jika anda hanya memerlukan pemeriksaan normal berkaitan dengan masalah perempuan, saya cadangkan anda pergi berjumpa dengan gynae lain.

  1. C.B Madhulika, Manipal Hospital, Klang

Dr. C.B Madhulika lebih selesa dipanggil Dr. Madhu, adalah seorang doktor sangat peramah dan penyayang. Beliau berkhidmat di Manipal Hospital yang terletak di Taman Bayu Perdana, Klang. Beliau adalah salah seorang doktor yang berpengalaman dalam bidang sakit puan dan obstetrik. Dr. Madhu bukan sahaja membantu bakal ibu yang hamil untuk pemantauan kehamilan tetapi juga membantu pasangan untuk hamil dan membantu melancarkan haid yang tidak teratur. Beliau menjawab setiap soalan yang ditanya dengan terperinci, mengambil masa untuk melakukan pemeriksaan terperinci, dan mendengar dengan teliti untuk memahami dan mendiagnosis masalah. Ini menjadikan beliau sangat tegas dan terus-terang terhadap pesakit beliau. Dr. Madhu tidak akan mengungkapkan kata-kata manis kepada anda.

Dr. Madhu sentiasa mengutamakan pesakit beliau lebih daripada bayaran konsultasi yang dikenakan. Beliau bukan sahaja melayani pesakit yang datang melawatnya tetapi juga membalas mesej yang dihantar kepadanya melalui e-mel, teks, WhatsApp, dan Facebook. Beliau membalas soalan yang dimesej dengan cepat dan efektif. Jawapan beliau adalah cepat dan sangat berguna untuk orang yang bertanya. Penjelasannya sangat terperinci dan membantu penyoal untuk mengambil tindakan seterusnya. Dr. Madhu sangat aktif di facebook dan sering memberi nasihat mengenai pengurusan perkahwinan dan pengurusan keluarga kepada pengikutnya di Facebook. Kepada mereka yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau mana nak mula, saya akan mencadangkan Dr. Madhu kerana beliau akan memberikan nasihat yang tepat untuk apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah yang telah berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan satu mesej dari sini. Walau bagaimanapun, jangan kita menyalahgunakan hospitaliti doktor bidan ini dengan membedil beliau dengan mesej dalam media sosial, kerana macam mana pun, mesej tersebut tidak boleh disamakan dengan sesi secara bersemuka dengan Dr. Madhu.

  1. Datin Dr. Kamaljit Singh

Datin Dr. Kamaljit Singh adalah pakar sakit puan di Pusat Pakar Wanita Bangsar. Beliau juga berkhidmat di Pantai Hospital, Ampang. Beliau adalah salah satu gynae yang popular di KL. Beliau dikenali lebih untuk rawatan dan perubatan neonatal (penjagaan perubatan bayi baru lahir). Dr. Kamaljit melakukan kelahiran secara normal dan juga pembedahan caesarean (C-sect), tetapi tidak menggalakkan pembedahan C-sect. Datin juga dikenali sebagai seorang yang penyayang, bertolak-ansur dan mesra. Beliau boleh menjadi tegas jika perlu, tetapi hanya untuk kepentingan pesakit itu sama seperti seorang ibu. Dr. Singh selalu bersifat optimistik dan membantu pesakit beliau kekal positif semasa kehamilan walaupun terdapat sebarang komplikasi kelahiran.

Kakitangan di klinik beliau sangat profesional dan berpengetahuan luas. Pengurusan mereka sangat sistematik berbanding kebanyakan klinik lain di luar sana. Pakar sakit puan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun yang telah menjadikannya seorang doktor profesional dan beliau biasanya sangat tenang dan memberi sokongan moral semasa kelahiran anak. Yuran konsultasi dan pakej kelahiran beliau adalah munasabah dan berpatutan. Dr. Kamaljit adalah seorang yang penyayang dan menjaga pesakitnya seperti seorang ibu menyebabkan bakal ibu lebih suka pergi ke beliau untuk mendapatkan nasihat. Beliau juga membantu pasangan suami isteri untuk rawatan kesuburan dan juga merawat wanita yang mempunyai hormon yang tidak seimbang. Saya akan mengesyorkan Datin Dr. Kamaljit jika anda belum lagi pasti obstetrik yang mana anda perlu pilih.

  1. Loo Suat Chin

Dr. Loo Suat Chin dari Columbia Asia Bukit Rimau adalah seorang pakar bidan yang bersemangat, berdedikasi dan optimis. Beliau menggalakkan bakal ibu untuk melahirkan anak secara normal dan juga menyokong dan memberi semangat kepada anda walaupun anda memilih sebaliknya. Dr. Loo dikenali sebagai seorang yang mesra, sabar, suka membantu, tenang, penyayang, bertanggungjawab dan berpengalaman dalam bidang perbidanan. Beliau meluangkan banyak masa dengan setiap pesakitnya. Beliau mendengar dengan penuh perhatian kepada setiap pesakit, bukan sahaja aduan mengenai kehamilan mereka tetapi juga perkara-perkara lain. Dr. Chin kemudian akan menjelaskan masalah yang dialami oleh anda dan kemudian menjelaskan penyelesaiannya dengan terperinci. Beliau tidak menggesa pesakit beliau tetapi memberi nasihat sewajarnya dan biarkan bakal ibu membuat keputusan.

Masa menunggu untuk temujanji dengan Dr. Loo boleh mengambil masa yang panjang. Jika anda bernasib baik, hanya 2 jam, jika tidak, anda mungkin perlu tunggu sampai 7 jam! Jangan main-main! Namun begitu, pesakit beliau sanggup menunggu lama. Bayaran Dr. Loo adalah lebih murah berbanding gynae lain (tips: ia adalah lebih murah jika anda pergi ke klinik beliau di Bukit Tinggi, Klang). Pakar bidan ini adalah seorang yang profesional dalam bidang ini dan sangat mahir menjahit kembali luka koyak selepas pembedahan. Kebanyakan pesakit beliau mengulas bahawa hasil jahitan beliau tidak meninggalkan parut, selain daripada garis halus dari pembedahan C-sect. Dr. Loo Suat Chin datang untuk membantu dengan segera apabila terdapat kecemasan.

  1. Jean Woo Lee See

Dr. Jean Woo Lee See bekerja di Gleneagles Kuala Lumpur berhampiran Jalan Ampang. Beliau adalah seorang yang cepat dan cekap dalam tugasnya dan sentiasa mengambil berat terhadap pesakit beliau. Beliau pakar dalam bidang ketidaksuburan kerana beliau mempunyai lebih banyak pengalaman mengenai kes-kes kemandulan. Pesakit tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu dengannya untuk temujanji. Ini bukan kerana Dr. Jean tidak mempunyai ramai pesakit tetapi ia lebih disebabkan beliau cepat dalam mendiagnosis masalah dan memberi penyelesaiannya. Proses kelahiran bayi pesakitnya cepat juga. Dr. Woo adalah seorang doktor yang bersungguh-sungguh dan sentiasa berterus-terang dengan pesakit beliau. Bayaran yuran pakar sakit puan ini dianggap munasabah dan berpatutan. Kadang-kadang Dr. Jean juga menasihati pesakit tentang bagaimana mereka boleh menjimatkan duit dan mendapatkan layanan terbaik untuk semua perkhidmatan yang dibayar. Penjelasan beliau sentiasa dijelaskan secara terperinci. Penyambut tetamu di kliniknya sangat berguna dan doktor bidan sentiasa datang tepat pada masanya untuk semua temujanji beliau. Biasanya selepas bertemu dengan Dr. Jean, tahap keyakinan pesakit menjadi lebih tinggi.

  1. Lim Lei Jun

Dr. Lim Lei Jun bekerja di sektor swasta untuk dua hospital swasta di bahagian ginekologi, iaitu Pusat Perubatan Sunway (SMC) dan Pusat Kesuburan Sunfert. Beliau pakar dalam menangani masalah kesuburan dan suka membantu pasangan untuk hamil. Dr. Lim dianggap sebagai seorang gynae yang baik, penyayang dan berilmu luas. Walau bagaimanapun, yuran konsultasi beliau lebih mahal berbanding dengan gynae lain. Jika anda mempunyai bajet yang rendah, anda mungkin mahu mencari gynae lain. Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman berkhidmat dalam sektor kerajaan. Sebagai seorang ibu kepada 3 anak, Dr. Lim Lei Jun cenderung untuk memberi perhatian lebih kepada kebimbangan anda mengenai kehamilan. Beliau mempunyai ramai pesakit yang setia tetapi anda tidak perlu menunggu lama dalam barisan untuk berjumpanya, melainkan jika terdapat kecemasan yang beliau perlu uruskan. Maka anda mungkin perlu menukar tarikh temujanji anda. Ketika waktu lapang, Dr. Lim secara sukarela membantu dalam 3 persatuan amal yang berbeza!

  1. Wong Yat May

Dr. Wong Yat May berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau adalah seorang gynae yang tidak bercakap banyak dan sangat berterus-terang. Dr. Wong sentiasa menggalakkan pesakit beliau dan membantu mereka untuk terus positif dan optimis sepanjang kehamilan. Beliau seorang yang penyayang, mesra, jujur dan memberi sokongan kepada pesakit beliau. Dr. May sangat profesional dalam kerjanya, tetapi hanya memberi penjelasan terperinci jika diperlukan atau jika ada komplikasi dalam kehamilan. Beliau kadang-kadang bersikap sinis jika pesakitnya tidak mematuhi arahannya. Harga yuran Dr. Wong biasanya berpatutan. Jika anda sedang mencari untuk pemeriksaan cepat, doktor ini mungkin sesuai untuk anda. Tetapi jika anda telah menjadi lebih sensitif semasa mengandung, lebih baik anda cari doktor lain.

  1. Teresa Chow Wai Ping

Dr. Teresa bekerja di Gleneagles Kuala Lumpur. Beliau pakar dalam proses melahirkan anak dalam air. Kelahiran dalam air bermaksud apabila bakal ibu yang berada dalam tahap akhir kontraksi kehamilan perlu berendam dalam air untuk kelahiran normal yang dilakukan di dalam air. Beliau menggalakkan kelahiran dalam air hanya untuk pesakit yang tidak mempunyai apa-apa komplikasi kelahiran. Dr. Chow juga pakar dalam rawatan feto-maternal iaitu untuk pesakit yang mengalami kehamilan yang berisiko tinggi. Sebagai seorang pakar dalam dua bidang ini, Dr. Teresa adalah seorang yang sangat penyabar dan selalunya sangat tenang. Beliau menyokong dan mendidik ibu untuk menyusu anak dengan cara yang betul. Dr. Teresa Chow memberi sokongan terhadap pesakit beliau dan sentiasa mendorong mereka apabila mereka hendak putus asa. Beliau amat disyorkan jika anda memilih untuk mencuba melahirkan anak dalam air untuk proses kelahiran anda!

Jadi, di atas adalah senarai 10 pakar sakit puan popular di KL & Selangor. Anda kenal mana-mana gynae yanga layak masuk dalam senarai diatas? Bagitahu kami di sini atau komen di bawah. Anda juga boleh kenali pakar bidan yang lain di Malaysia dan di sini ada senarai untuk lebih ramai Gynae popular di KL & Selangor, atau semak senarai bidan dan tukang urut yang merangkumi seluruh Malaysia.

Share