Pakar Ginekologi di Johor

Sebelum ini, saya telah menulis artikel tentang pakar ginekologi wanita popular sekitar KL & Selangor, pakar ginekologi lelaki popular sekitar KL & Selangor dan juga di Pulau Pinang. Oleh kerana terdapat banyak yang mencari pakar sakit puan dan obstetrik di negeri-negeri lain, saya memutuskan untuk menulis lagi satu artikel mengenai topik ini. Kali ini, saya menyedari bahawa, tidak banyak cadangan untuk pakar sakit puan di sekitar Johor. Dengan itu dalam fikiran, saya melakukan sedikit penyelidikan untuk Pakar Obstetrik (OB) yang terkenal di Johor, saya dapat mencari beberapa doktor yang sering disebut untuk pemeriksaan kehamilan, membantu pasangan untuk hamil dan juga untuk kehamilan yang berisiko tinggi.

Jadi, saya mendapatkan info pasal mereka dan senaraikan mereka di sini. Harap ia membantu anda sebagai titik permulaan untuk memburu pakar ginekologi yang baik di Johor.

Berikut adalah beberapa pakar sakit puan lelaki. Mereka adalah profesional jadi anda tidak perlu bimbang yang anda akan malu di hadapan mereka. Pengalaman mereka adalah lebih penting.

  1. Dr. Rajesh Mahendran Radha Krishnan

Beliau adalah seorang doktor India yang berpangkalan di Columbia Asia Nusajaya. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang ini dan telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Beliau melakukan perubatan amnya (MBBS) di India dan perubatan khusus iaitu obstetrik dan ginekologi (O & G) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah sangat profesional dan selalu bersedia untuk menjawab soalan anda bila-bila masa. Apabila anda pergi bertemu dengannya buat kali pertama, beliau akan memberikan anda nombor peribadinya untuk anda menghubunginya. Yuran beliau adalah standard dengan peraturan hospital. Beliau dikatakan penyayang dan mesra dan penuh belas kasih kepada pesakitnya. Doktor ini juga bekerja pada hujung minggu juga, jadi anda tidak perlu mengambil cuti tambahan dari kerja untuk pergi berjumpa dengannya.

  1. Dr. Mohanraj Krishnasamy

Doktor sakit puan ini berkhidmat di Hospital Pakar KPJ Johor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas latihan awal di Malaysia,beliau pergi untuk mendapatkan keahlian dan latihan lanjut dalam obstetrik dan ginekologi dari Royal College of Obstetricians dan Ginekologi di United Kingdom. Beliau lebih untuk membantu pasangan yang tidak subur untuk hamil dan sentiasa memberi nasihat kepada mereka cara mengekalkan kehamilan yang selamat. Beliau sangat mesra dan penyayang. Beliau juga merupakan seorang pendengar yang baik, iaitu sebelum memberi penyelesaian, beliau akan mendengar dahulu soalan-soalan dan masalah anda dengan teliti. Beliau pakar dalam In-Vitro Fertilisation (IVF) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji. Jika anda menghadapi masalah hamil atau mempunyai sejarah keguguran, anda mungkin mahu melawat dia untuk pengalaman beliau dalam bidang yang luas. Beliau juga memberikan cenderahati kepada bakal ibu masa pemeriksaan pertama.

  1. Dr. Terence Teoh Guan Khung

Dr Terence memiliki klinik sendiri iaitu Klinik Pakar Wanita Terence Teoh di Taman Century, Johor, bersebelahan klinik ini adalah klinik estetik beliau yang dipanggil Pinnacle Figure Aesthetic Centre Johor Bahru. Jangan terkejut kerana belaiu bukan sahaja mumbuat pengkhususan dalam bidang Obstetrik (OB) dan pakar sakit puan tetapi juga dalam bidang perubatan estetik. Dengan memberi tumpuan kepada sistem kesuburan wanita, Dr. Terence juga berkhidmat sebagai perunding pelawat di Regency Specialist Hospital Johor dan Hospital Pakar Kempas. Jadi, anda tidak perlu bimbang jika klinik beliau adalah jauh atau sama ada terdapat masa menunggu yang lama. Anda boleh berjumpa dengan beliau di hospital yang lebih dekat dengan rumah anda. Beliau memberi penjelasan terperinci dan cenderung untuk menjawab soalan anda sehingga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

  1. Dr. Tan Jui Seng

Dr Tan adalah seorang pakar Obstetrik & Ginekologi swasta, kelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperolehi ijazah pasca-siswazah dan latihan dari United Kingdom (UK). Beliau juga adalah ahli Royal College of Obstetrik & Ginekologi, UK. Beliau memiliki sebuah klinik yang bernama Klinik Tan (England) di Johor. Beliau juga berkhidmat untuk IVF Bridge Fertility Centre sebagai pakar kesuburan yang terkemuka. Dr Tan juga pakar dalam prosedur bayi tabung uji. Jika anda sedang cuba untuk hamil kembar atau kembar tiga, anda boleh pergi ke klinik ini untuk khidmat nasihat. Beliau membantu pasangan tidak subur mempunyai anak. Beliau dikatakan mesra tetapi juga seorang yang terus-terang. Dia mungkin akan melukai perasaan anda jika anda lebih sensitif semasa mengandung.

Sekarang, di sini adalah beberapa pakar sakit puan wanita di Johor. Anda mungkin berminat untuk pergi kepada mereka untuk pemeriksaan kehamilan bulanan anda. Untuk sesetengah bakal ibu, doktor wanita lebih menyanangkan hati.

  1. Dr. Rohaini Md Jonit

Dr. Rohaini adalah doktor sakit puan di Columbia Asia Nusajaya. Beliau melakukan pelajaran  sarjana muda perubatan dan sarjana khusus O & G di UKM. Beliau adalah seorang yang sangat lemah lembut, pemurah dan penyayang. Beliau memahami kebimbangan bakal ibu-ibu sebagai seorang wanita kepada wanita lain. Dr. Rohaini akan menjawab semua soalan yang ditanya oleh pesakit atau pasangan mereka satu demi satu dengan penjelasan yang terperinci. Harga yuran beliau berpatutan. Beliau lebih suka pesakit beliau melahirkan bayi secara normal dan bukan membuat pembedahan C-seksyen jika tiada komplikasi yang terlibat. Pasukan perubatan beliau juga menyokong ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka. Beliau popular kerana beliau adalah salah seorang OB Muslimah yang ada di Malaysia. Beliau juga mengajar kelas menjaga anak untuk ibubapa baru sebelum kelahiran bayi mereka.

  1. Dr. Hon Sook Kit

Dr. Hon Sook Kit berkhidmat di Klinik Wanita Elizabeth. Beliau mempunyai blog di mana beliau mengumpul artikel tentang masalah kesuburan wanita dan penyelesaiannya. Beliau juga bekerja sambilan di kedua-dua Pusat Pakar Kempas dan Hospital Pakar Regency. Beliau menyokong kelahiran bayi dalam air yang merupakan cara kelahiran bayi yang baru diiktiraf di Malaysia. Beliau juga pakar dalam kes-kes rumit berkaitan proses kesuburan wanita dan juga untuk sebarang penyakit faraj. Beliau adalah seorang yang ramah dan sangat berpengetahuan. Beliau menamatkan pendidkan ijazah perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum membuat pengkhususan dalam O & G di Royal College of Obstetricians dan Ginekologi di United Kingdom. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan bayi baru lahir yang dilatih bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di UK dan Singapura. Anda mungkin ingin mencuba beliau untuk sebarang masalah anda menghadapi termasuk jika kehamilan anda yang berisiko tinggi.

  1. Dr. Sharifah Halimah Jaafar

Dr. Sharifah Halimah Jaafar adalah seorang perunding O & B di Hospital Pakar Regency, Johor. Beliau membuat semua pesakit beliau rasa seperti mereka layak mendapatkan seorang doktor yang berdedikasi dan penyayang yang menyediakan perkhidmatan yang baik dengan penjagaan yang berkualiti dan juga yang menjadi rakan kepada pesakit mereka. Beliau seorang yang penyayang dan sangat terperinci seperti seorang ibu kerana beliau sendiri adalah seorang ibu kepada tiga. Beliau memperolehi Ijazah Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudian membuat pengkhususan dalam bidang Obstetrik & Ginekologi di UKM juga. Beliau telah bekerja di beberapa hospital kerajaan di Perak dan Pulau Pinang selama hampir 15 tahun dan kebanyakannya adalah dalam bidang kesihatan wanita sebelum membuka  klinik swasta obstetrik dan ginekologi sendiri di Hospital Pakar Regency. Beliau juga ada menyumbang beberapa kajian sistematik dalam bidang mengandung dan melahirkan anak.

Nah, ini adalah senarai pakar ginekologi yang saya temui di sekitar Johor. Jika anda sedang mencari lebih banyak pilihan di Johor, anda boleh pergi di sini. Dan jika anda sedang mencari pakar O & B di seluruh Malaysia atau negeri-negeri lain, anda boleh melawat di sini. Jika anda ada cadangan baru unuk pakar sakit puan atau untuk pakar sakit puan sedia ada, sila maklumkan kepada kami di bahagian komen di bawah atau hubungi kami di sini. Harap artikel ini membantu anda semua sebagai satu titik permulaan untuk perjalanan penuh keajaiban sebagai ibubapa.

Share