Kelebihan dan panduan untuk mengambil Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

**APAKAH ITU KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia)?**

Pada tahun 2012, kerajaan telah melancarkan Baucar Buku 1Malaysia atau dikenali sebagai Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M). BB1M ini bertujuan adalah untuk mengurangkan beban bagi pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi untuk membeli alat tulis, buku rujukan dan sebagainya yang berkaitan dengan pelajaran.

Sungguhpun begitu,  mulai 16 Februari 2017, Baucar Buku 1Malaysia telah digantikan kepada KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia) iaitu sebanyak RM250 yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat. Bantuan ini akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun Bank Rakyat kepada pelajar yang layak sahaja. Bagi pelajar yang layak, anda akan menenerima email dari Bank Rakyat yang menyatakan status permohonan anda dan seterusnya anda akan diminta untuk mengambil KADS1M tersebut di lokasi Bank Rakyat yang telah anda tetapkan semasa membuat permohonan.

Selain bantuan RM250, pelajar juga akan mendapat diskaun untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang terpilih dengan menggunakan KADS1M. Di samping itu, pelajar juga perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dan koperasi yang mengambil bahagian.  

Sumber: http://says.com/my/seismik/kini-para-pelajar-sudah-boleh-mendapatkan-kad-siswa-1-malaysia-ini

 

**2 CARA UNTUK SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KADS1M (KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA)**

Semakan Secara Online

Bermula 1 Jun 2017:

  1. Applikasi semakan KADS1M: https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  3. Klik ‘Semak’

 Semak Melalui Talian Hotline

  1. Hubungi Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Tekan “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Masukan nombor Kad Pengenalan anda dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat oleh wakil Bank Rakyat
  5. Nyatakan hasrat anda untuk menyemak status permohon Kad Debit Pelajar kepada wakil Bank Rakyat tersebut
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat di dalam sistem, anda boleh minta pendapat mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat

                                                                          

      Gambar 1: Waktu operasi Bank Rakyat

 

**LANGKAH SETERUSNYA SELEPAS PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN**

Langkah 1: Jika keputusan untuk semakan status permohonan adalah berjaya, anda perlu menyediakan dokumen yang disenaraikan dan mengambil KADS1M di cawangan Bank Rakyat yang ditentukan di email anda.

Langkah 2: Tunggu nombor giliran anda di Bank Rakyat.

Langkah 3: Bagi Kad Pengenalan, kad pelajar dan cetakan email kepada kakitangan di Bank Rakyat.

Langkah 4: Selepas tandatangan borang, buat pengesahan ibu jari, kakitangan Bank Rakyat akan beri surat yang menpunyai maklumat KADS1M dan kata laluan.

Langkah 5: Tunggu giliran anda untuk mendapatkan KADS1M

Langkah 6: Terus ke mesin ATM atau CDM untuk menukar kata laluan kad anda.

 

**SENARAI SYARIKAT DAN KOPERASI YANG BEKERJASAMA DENGAN KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M)**

KATEGORI

NAMA SYARIKAT DAN KOPERASI

Kedai Buku

1.      MPH Bookstores

2.      Borders (hanya di KL)

3.      Imlaq Book Centre

4.      Rona

5.      Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

6.      Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad

7.      Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad

8.      Kiang Trading

*Kiang Trading – Diskaun 10% untuk semua produk, kecuali produk promosi, fotostat dan binding.

Pakaian

1.      Bata

2.      Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad

3.      Texline Lino

4.      Ifamily

*Bata – Diskaun 10% kepada produk yang ditentukan.

*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk yang ditentukan.

Syarat

1. Pakaian Batik

• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)

• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)

• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)

• 30% (Kain pasang cotton/fuji)

• 25% (Kaftan)

 

2. Songket

• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)

• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)

 

3. Sampin

• 20% (Corak istana)

• 20% (Corak bunga abor)

Kesihatan

1.      Poliklinik An-Nisa’

2.      Qualitas Health

3.      Focus Point

4.      Menara Optometry

Makanan dan Minuman

1.      KFC

2.      A&W

3.      The Chicken Rice Shop

4.      Daily Fresh

5.      Bangi Kopitiam

6.      Restoran Kenny Crab

7.      Coffee Berry

8.      Pancake House International

9.      My Java Coffee

10.  Station One Product

11.  The Chicken Rice Shop

12.  Station One Product

13.  Sweet Chat

14.  Legend’s Claypot Briyani House

15.  Dubu Dubu Seoul Food

16.  Gloria Jean’s Coffees

KFC – Diskaun 5%

Syarat

1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.

2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.

 

A&W – Diskaun 50% ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter.

Penginapan

1.      Ancasa Hotels & Resorts

2.      Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

3.      Ancasa Express Pudu

4.      Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson

5.      Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd

6.      Leo Express Hotel

7.      Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad

8.      Jerejak Rainforest Resort Penang

9.      Rakyat Travel Sdn. Bhd.

10.  Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad

11.  Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad

12.  Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad

* Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja.

Salun / Pusat /Produk Kecantikan

1.      Clara

2.      Foot Master

3.      Proactiv

4.      Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

5.      Paris Hill

*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%

*Proactiv – Diskaun 5%

Syarat

1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja

2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain

3. Tidak sah semasa event/ roadshow

4. Diskaun:-

• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%

• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%

• Semua single item – diskaun 5%

Produk IT

1.      Koperasi Celcom Berhad

2.      Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

*Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% untuk produk dan perkhidmatan ditentukan

Syarat

1.      Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian

2.      KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng

3.      Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi

Lain-lain

1.      Mydin

2.      Bkz Bikerz

3.      Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad

4.      Roller Star Arena

5.      Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad

6.      Double Site

*Bkz Bikerz – Diskaun RM100 untuk motosikal terpakai dan RM200 diskaun untuk pembelian motosikal baru model BKZ

 

Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal

Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan

Percuma caj upah pekerja bagi safety checking

 

**Maklumat tambahan**

  1. KADS1M ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang lulus permohonan pada tahun yang pertama. Pada tahun yang seterusnya, pelajar perlu membayar yuran sebanyak RM5 bagi menaktifkan kad debit ini.
  2. Kad ini perlu diperbaharui setiap 3 tahun.
  3. Kad debit ini boleh digunakan untuk membeli buku, alat tulis, peralatan computer dan juga untuk melayari akses internet.
  4. Maksimum pengeluaran adalah RM240. Jika anda ingin mengeluarkan RM 250 sepenuhnya, anda boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.

Sumber:http://www.kujie2.com/isu-semasa/senarai-kedai-yang-menerima-kad-diskaun-siswa-1-malaysia-kds1m.html

 

Semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk berjaya dalam permohonan KADS1M dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda.

*Anda boleh Kongsi kepada kawan-kawan anda mengenai maklumat di dalam artikel ini*

 

 

Share