Badan Amal Nur Zaharah Bentong (BANZ) Pahang business logo picture

Badan Amal Nur Zaharah Bentong (BANZ) Pahang


Background
Claim business

Ditubuhkan pada 1 Mei 2005, dibuka secara rasminya pada 1 Disember 2005. Secara faktanya, penghuni yang menetap di (BANZ) terdiri daripada pelbagai latar belakang di antaranya anak yatim, anak miskin, mangsa dera, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan kes-kes yang diterima adalah daripada laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah dan negeri dan orang perseorangan. Kes-kes yang terdapat di sini adalah daripada daerah dan negeri seperti Raub, Bentong, Karak, Kuala Lipis, Temerloh, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan, Perlis dan lain-lain.


Service /Price Details

Di saat manusia berlumba-lumba mencari kekayaan, kemewahan dan kekayaan dalam kehidupan, masih ada lagi insan-insan yang tidak berkemampuan untuk mengubah kehidupan mereka dan di saat orang lain bahagia di samping keluarga tercinta, ada insan-insan yang ketandusan kasih sayang. Justeru itu, Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) ini ditubuhkan dengan pelbagai objektif, antaranya:

Membantu golongan miskin
Member sinar baru kepada anak yatim
Member pendidikan yang sempurna
Member taraf hidup yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan

Start share your experience with Badan Amal Nur Zaharah Bentong (BANZ) Pahang today!