Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia business logo picture

Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia


Background
Claim business

Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan kemudiannya telah ditukar kepada nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Bermula dengan hanya 5 orang anak murid, pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah Pertubuhan yang dipimpin oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969 sehinggalah mempunyai keahlian seramai 830 000 orang di Malaysia dan 30 000 orang di luar Negara

Pada tahun 1998, PSSLM dicatatkan dalam buku 'Malaysia Book Of Record' yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y. A. B. Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai perguruan silat melayu yang mempunyai keahlian yang teramai dan terunggul.

Malah Silat Lincah bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayapnya ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland dan Perancis.

Start share your experience with Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia today!