Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang business logo picture

Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang


Background
Claim business

 Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang atau PDA ditubuhkan pada tahun 1992. Persatuan ini merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan dan kebajikan orang pekak seluruh negeri Pulau Pinang.

 

 Sejarah persatuan ini dapat disusul sejak 1980an semasa SHIMA (Society of Hearing Impaired Malaysia) cuba ditubuhkan oleh Mohamad Sazali di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan orang-orang pekak Malaysia. Sebagai langkah pertama, beliau menubuhkan SHIMA Wilayah Persekutuan dan Selangor. Seiring dengan langkah beliau, pemimpin-pemimpin pekak di Pulau Pinang iaitu Teh Kean Hoe, Wan Mohd. Ali Bin Wan Abu Bakar, Razman Tan, Yusof Hassan, Tan Cheng Yong dan Saleem Ali telah berusaha menubuhkan SHIMA Pulau Pinang pada tahun 1992 dan didaftar secara rasmi. Untuk selama beberapa tahun, SHIMA Pulau Pinang tidak mempunyai pejabat yang tetap. Para AJK mengadakan perjumpaan di rumah AJK, kantin Sekolah Pendidikan Khas Jalan Hutton dan beberapa tempat yang lain. Pada tahun 1996, SHIMA Pulau Pinang telah ditukar nama kepada Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA) dan beroperasi di pejabat tetap di Kompleks Masyarakat Penyayang.

 

 Selepas Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) ditubuhkan, Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang menjadi anggota gabungan MFD. Beberapa tahun kebelakangan ini, PDA memperlihatkan kemajuan pesat dalam pemberian perkhidmatan untuk komuniti pekak. Melalui kerjasama dengan MFD, PUSKOM Pulau Pinang ditubuhkan. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Orang Pekak Pulau Pinang juga ditubuhkan dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Start share your experience with Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang today!