National Cancer Institute business logo picture

National Cancer Institute


Information
Claim business

Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser. Penubuhan Institut Kanser Negara adalah bertujuan bagi menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara.

Dibawah naungan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang kehilangan isterinya Allahyarhamah Datin Seri Indon Mahmood akibat kanser pada tahun 2004, sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya telah dikenal pasti untuk pembangunan Institut Kanser Negara. Lokasinya yang strategik terletak bersebelahan Hospital Putrajaya, Putrajaya Sentral, Ibu Pejabat Bomba, Ibu Pejabat Polis, Pusat Perdagangan (akan datang) dan ianya mudah diakses menerusi lingkaran Putrajaya dan Lebuh Sentosa.

Majlis Pecah Tanah telah berlangsung pada 9 Januari 2007. Proses perancangan, reka bentuk dan perundingan awal telah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor tempatan secara reka dan bina.

Kerja-kerja mengambil alih tapak dan kerja-kerja tanah telah dimulakan pada 1 September 2010. Projek ini dibina secara fast track dan serentak dengan reka bentuk terperinci bersama dengan interaksi intensif yang mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk disiapkan dan dilengkapi sepenuhnya diuji, ditauliah kemudian di ambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunkana model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D.

Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini.

Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah.

Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

Institut Kanser Negara diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 September 2013 pada satu Majlis Penyerahan Projek dan ia mula beroperasi pada 2 September 2013. Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini. Merangkumi aspek diagnostik dan rawatan khusus dalam menangani pelbagai penyakit kanser.

Perkhidmatan utama yang disediakan di Institut Kanser Negara ialah Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi dan Perawatan Paliatif. Perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan rawatan harian dan perkhidmatan sokongan klinikal. Institut Kanser Negara bakal menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan dan pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan yang terulung di Malaysia.

 

Patient Visiting Hours in National Cancer Institute:

Monday-Friday

12.30pm-2.00pm

Saturday, Sunday & Public Holidays

12.30pm-7.00pm


Service /Price Details

BAYARAN PENDAFTARAN PESAKIT LUAR PAKAR

   Warganegara Malaysia - Rujukan kerajaan

      Lawatan Pertama - Percuma (termasuk caj siasatan) 

      Lawatan Ulangan - RM5.00 (termasuk caj siasatan)

·Warganegara Malaysia - Rujukan Swasta (Caj Siasatan pada kadar Kelas 1)

     Lawatan Pertama - RM30.00   (TIDAK termasuk caj siasatan)  

      Lawatan Ulangan - RM5.00   (TIDAK termasuk caj siasatan)

·Warganegara Asing - (TIDAK termasuk caj siasatan)

  Tanpa mengambilkira rujukan  (Caj Siasatan pada kadar Kelas 1)

      Lawatan Pertama - RM78.00 bagi tahun 2015

      Lawatan Ulangan - RM78.00 bagi tahun 2015

·Pemegang kad UNHCR dikenakan bayaran separuh (50%) daripada caj yang dikenakan ke atas warganegara asing.          

PESAKIT DALAM

Pesakit dalam adalah pesakit yang menerima rawatan di dalam wad atau di wad Rawatan Harian (Day Care).

BAYARAN PENDAFTARAN PESAKIT DALAM
(Tidak mengira surat rujukan)

KADAR DEPOSIT (KEMASUKAN WAD)

WARGANEGARA (ORANG AWAM)

Kelas Wad

Deposit

Perubatan

Pembedahan

Kelas 1

RM 700.00

RM 1100.00

Kelas 2

RM 200.00

RM 400.00

Kelas 3

RM 20.00

RM 30.00

WARGANEGARA ASING

Kelas Wad

Deposit

Perubatan

Pembedahan

Kelas 1

RM 2100.00

RM 3300.00

Kelas 2

RM 900.00

RM 1500.00

Kelas 3

RM 600.00

RM 1200.00

Orang awam dikehendaki membayar deposit semasa pendaftaran masuk wad berdasarkan kelas yang diduduki. Jika fi seseorang pesakit melebihi depositnya semasa dia masih berada di dalam wad, pesakit perlu membayar deposit tambahan yang tidak kurang dari fi semasa.

 

CAJ RAWATAN HARIAN (DAY CARE)

Pesakit

Deposit

Caj Wad Sehari

Caj Rawatan Sehari

Orang Awam

RM 30.00

RM 3.00

PERCUMA

Warganegara Asing

RM 100.00

RM 76.00

RM 10.00

 

KADAR CAJ WAD KELAS 1

Pesakit

Jenis Kelas Wad

Caj Wad Sehari

Caj Rawatan Sehari

Orang Awam

1 Katil Sebillik

RM 80.00

RM 10.00

2 Katil Sebillik

RM 60.00

RM 10.00

4 Katil Sebillik

RM 40.00

RM 10.00

Warganegara Asing

1 Katil Sebillik

RM 208.00*

RM 10.00

2 Katil Sebillik

RM 153.00*

RM 10.00

4 Katil Sebillik

RM 116.00*

RM 10.00

 

KADAR CAJ WAD KELAS 2

Pesakit

Caj Wad Sehari

Caj Rawatan Sehari

Orang Awam

RM 20.00

RM 5.00

Warganegara Asing

RM 96.00*

RM 10.00

 

KADAR CAJ WAD KELAS 3

Pesakit

Caj Wad Sehari

Caj Rawatan Sehari

Orang Awam

RM 3.00

PERCUMA

Warganegara Asing

RM 76.00*

RM 10.00

 

*Caj bagi warganegara asing akan berubah mengikut tahun selaras dengan surat arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).                                                 

Rujukan surat: (17)dlm.KKM-58/300/1-5 Jld.2. 

 

- Bagi Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam yang memohon dinaikkan kelayakan  wad akan dikenakan caj wad sahaja pada kadar Orang Awam.

Start share your experience with National Cancer Institute today!