MRSM Pengkalan Hulu business logo picture

MRSM Pengkalan Hulu


Background
Claim business

Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu (MRSM Pengkalan Hulu) ialah sebuah Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, negeri Perak. MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).


Service /Price Details

Maktab ini dapat menampung sejumlah 840 pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008 dan jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar Tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang dan pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.

MRSM Pengkalan Hulu mula beroperasi pada 2004 pengetua pertama iaitu Encik Mustafar Bin Che Mat telah melapor diri pada 02 Mei 2008. Pada 05 Mei 2008 seramai 21 orang guru perempuan, 12 orang guru lelaki dan lima (5) orang kakitangan perempuan dan seorang (1) kakitangan lelaki melaporkan diri. Pelajar perintis MRSM Pengkalan Hulu telah ditempatkan sementara di MRSM Kepala Batas (pelajar tingkatan 4) dan MRSM Merbok (pelajar tingkatan 2). Dengan tenaga kerja yang ada inilah MRSM Pengkalan Hulu mula beroperasi secara aktif. Pelajar perintis juga telah menunjukkan kejayaan kecemerlangan dengan jayanya di MRSM Pengkalan Hulu. Di antaranya ialah maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia. Suasana dan permandangan MRSM Pengkalan Hulu yang berada di tempat tinggi menjadikan ianya satu lokasi yang amat menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.

Reviewer profile
4.3
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
MRSM Pengkalan Hulu achieve GPS of 2.0307 in SPM year 2013
by
Reviewer profile
4.5
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability

My little sister graduated from this school. beautiful and nice environment.

by