MRSM FELDA Trolak business logo picture

MRSM FELDA Trolak


Background
Claim business

MRSM FELDA wujud hasil cetusan idea oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Melihat kepada sumbangan warga peneroka dan memikirkan hak-hak keistimewaan, keperluan memberikan imej ilmuan kepada anak-anak peneroka yang berjaya maka tercetusnya inspirasi ini. Terbinanya sebuah institusi pendidikan yang mengangkat martabat warga peneroka adalah hasil kolaborasi rakan strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah merubah landskap pendidikan anak-anak peneroka

MRSM FELDA ini merupakan MRSM yang ke-5 dibina di Negeri Perak. MRSM ini terletak di Mukim Trolak, Sungkai iaitu di Daerah Batang Padang. MRSM FELDA mula beroperasi secara rasminya pada 1 Disember 2007 dengan menerima pelajar perintis seramai 210 yang merupakan kumpulan pelajar tingkatan 1 pada 18 Februari 2008. Kumpulan pelajar yang pertama ini menumpang di Kolej KINI di Feldajaya Utara Sungkai, Perak. Manakala pelajar - pelajar tingkatan 1 sesi 2009 telah ditumpangkan di pelbagai MRSM. Para pelajar MRSM FELDA telah dipanggil kembali untuk meneruskan pelajaran mereka di MRSM FELDA bermula pada tahun 2010.


Service /Price Details

Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MRSM FELDA), sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Reviewer profile
5.0
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
Good place, nice environment with good facilities for the students.
by
Reviewer profile
4.3
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
MRSM Felda (Trolak) achieve GPS of 2.405 in SPM year 2015
by