Yayasan Wanita business logo picture

Yayasan Wanita


Background
Claim business

Yayasan Wanita atau Yayasan Pembangunan Wanita Malaysia adalah satu organisasi bukan kerajaan yang dikemudikan “oleh wanita untuk wanita “. Yayasan Wanita adalah sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan yang ditubuhkan sebagai sebuah forum untuk mengartikulasikan isu-isu wanita di Malaysia.

 

Semenjak penubuhannya, Yayasan ini telah mencapai banyak kejayaan dan kini semakin aktif di dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang menyumbang ke arah peningkatan kesejahteraan, imej dan kebajikan wanita di Malaysia. Yayasan Wanita berdedikasi untuk mencapai perubahan senario undang-undang, politik, kemasyarakatan dan ekonomi di dalam masyarakat bagi mencapai matlamat yayasan, yakni untuk membawa wanita untuk lebih berpartisipasi di dalam arus pembangunan, memperolehi dan menjalankan kesemua kebebasan dan kelebihan yang diperolehi dan bertanggungjawab untuk sama-sama bekerja sama dengan setiap pihak.

 

Start share your experience with Yayasan Wanita today!