Rumah Amal Suci Rohani business logo picture

Rumah Amal Suci Rohani


Background
Claim business

Rumah Amal Suci Rohani ialah sebuah pusat kebajikan yang baru ditubuhkan pada 1 Julai 2010. Ia  ditubuhkan khusus untuk anak-anak yatim/miskin dan 8 asnaf yang memerlukan penjagaan atau pemerhatian rapi. Sebahagian daripada mereka merupakan anak-anak dyslexia (sukar membaca).


Service /Price Details

Matlamat

1. Anak-anak diberi didikan secara menyeluruh dan menitikberatkan soal pendidikan insaniah yang berteraskan Al-Quran, Sunnah serta akhlak mulia agar mereka menjadi insan yang bukan sahaja berilmu bahkan bertaqwa dan menjadi aset penting negara. Selain diberi pendidikan akademik dan kemahiran, mereka juga dididik untuk mewarisi akhlak para salafussoleh dalam menjadi suri teladan generasi kini, sebagai alternatif di zaman keruntuhan akhlak yang perlu dibenteras dengan membina generasi yang menyalin peribadi Rasulullah dan para sahabat.

2. Untuk menjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin dengan menjadikan kebajikan sebagai agenda utama masyarakat demi mencapai kebahagiaan dunia dan Akhirat. Moga dengan ini lahirlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni serta mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Apabila yang berkemampuan dan kaya sanggup berperanan dan berkorban, mereka yang susah dan menderita akhirnya terbela.

 

Start share your experience with Rumah Amal Suci Rohani today!