Kuching Malaysian Arts School business logo picture

Kuching Malaysian Arts School


Background
Claim business

Sekolah Seni Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2007 di bawah rancangan Malaysia ke-9. Setakat ini hanya ada dua buah Sekolah Seni di Malaysia yakni Sekolah Seni Malaysia Kuching (SSMK) dan Sekolah Seni Malaysia Johor (SSMJB). Dengan membawa misi ‘Pewaris Budaya Bangsa’, kurikulum sekolah seni telah digubal untuk merealisasikan misi tersebut. Sehingga ke hari ini, Sekolah Seni Malaysia Kuching telah beroperasi dengan jayanya dan banyak kejayaan dalam bentuk kesenian telah disumbangkan baik kepada sektor-sektor kerajaan maupun sektor swasta di sekitar Bandaraya Kuching. Namun, pengetahuan masyarakat di luar Bandaraya Kuching tentang kewujudan Sekolah Seni masih terhad. Apa yang dapat dikatakan ialah,hanya segelintir sahaja masyarakat yang ‘mengenali’ dan ‘mengetahui’ tentang kewujudan Sekolah Seni walaupun telah bertapak selama 6 tahun. Dengan demikian usaha memberi maklumat dan pendedahan amatlah diperlukan untuk mempromosi Sekolah Seni Malaysia Kuching.

Start share your experience with Kuching Malaysian Arts School today!