Klinik Dr. Baharom

4 Comments

More Info
Reviewer profile
ari tu anak sy sakit kulit di telapak kaki, kitorang bawak dia jmpa dr baharom gak. dia tu pakar injection. mmg suka bagi injection. tapi, kaki anak sy tu mmg banyak la perubahannya lepas first time treatment tu. hari sabtu ni nak kene gi lagi. follow up maintenance
by
Reviewer profile
saya ada eczema sejak kecil..eczema ni mcm penyakit 3 serangkai jugak lah..dia bersekali dengan resdung dan asma..saya selalu dapatkan rawatan di klinik baharom, jalan sentul. selalu saya akan terus amik injection terus ke kulit. dia akan supplykan sekali dengan ubat gatal dan alegic..bab makan pun u mmg kena pantang..especially ayam, seafood dan ais..alhamdulillah..eczema saya skrg ni terkawal..dulu kaki smpi berdarah x boleh jalan sbb pecah pecah..now dah ok
by
Reviewer profile
Dan macam biasa kena ambik darah, scan dan kena cucuk pada urat kaki. eeeee ngerinya, dah lama tak kena suntik. Masa scan mmg jelas urat2 kaki bengkak, maybe bnyk sgt dok bergerak kat kedai. Tapi penjelasan dia sgt jelas. Bg ubat tahan sakit, ubat sapu. dahhhhhhh. Rawatan susulan mmg tak adalah. Doktor Baharom juga yg bagussss bayarannya sedikit mahal. sediakan kad kredit kalau tak cukup cash. nak perkhidmatan yang baik mesti bersedia mengeluarkan belanja yg lebih.
by
Reviewer profile
Saya telah pergi ke Klinik Dr Baharom di Sentul setelah mendapat maklumat dari rakan sekerja, Natasha mengenai keberkesanan Dr Baharom membuang ketuat di kawasan sensitif, terutamanya di muka. Setelah satu jam setengah menunggu, akhirnya pada jam 11 pagi saya berjumpa Dr Baharom. Orangnya kecil molek dan sangat efisyen menjalankan kerja. Rata rata yang datang klinik dia ramai yang sakit gout atau sakit sendi. Lepas dia examine muka saya, dia telah memberi empat suntikan bius kebas di sekeliling ketuat saya. Tak sakit pun rasa mcm semut gigit jer. Selepas setengah jam, saya diarahkan ke bilik Ops kecil. Mata saya ditutup dan dada saya diletakkan penebat supaya tiada kejutan elektrik semasa ops laser dijalankan. Bila mata saya dah tutup barulah rasa berdebar sbb saya tak pernah menjalankan rawatan laser. Lagi lagi bila mata saya ditutup, suspense sbb saya tak dapat tengok apa yg doc buat pada saya. Dulu pernah gak saya buat small surgery, local anesthetic jugak mcm yg ini tp mata saya tak ditutup, maka saya dapat tengok di atas siling bila doc mengodek godek badan saya. Sama jugak masa buat root canal, mata saya tertumpu pada siling sbb ada pantulan imej dan saya dapat tengok apa doc buat. Tp kali ini berbeza, lagipun bahaya sbb rawatan laser. Silap terkena mata, buta pulak nanti. Mula mula doc godek ketuat saya, rasa mcm dia potong permukaan ketuat dan tarik2. Tak rasa sakit kan sbb dah bius, kebas. Lepas tu doc laser muka saya, ngeri gak. Ada bau benda terbakar, mesti sbb kulit saya yg dibuang. Pastu doc godek2 lagi, rasa panjang akar ditarik sampai ke gigi saya, ada lah kira2 panjang dua ruas jari. Panjang tu...pastu doc laser lagi beberapa kali, godek2 lagi dan announce dia dapat keluarkan akar ketuat tu...pastu doc jahit lubang yang ditinggalkan ketuat, panjangnya adalah sekitar 1cm.
by