Hospital Wilayah Persekutuan Labuan business logo picture

Hospital Wilayah Persekutuan Labuan


Information
Claim business

 

Hospital Labuan adalah sebuah hospital yang menggunakan konsep nukleus. Ianya mula dibina pada 10 Oktober 1991 dan siap pembinaannya pada 29hb Januari 1995 di mana penyelenggaraan bangunan dan peralatannya masih dibawah tanggungjawab Syarikat Pembinaan YTL Sdn. Bhd sehingga 08 Mac 1997.Hospital ini terletak di kawasan seluas kira-kira 12.047 hektar dengan keluasan bangunan 31,969 meter persegi . Mula beroperasi pada 10 Jun 1995 dan telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 Ogos 1996 dengan mempunyai kapasiti 109 katil. Pada tahun 2014, kapasiti katil Hospital Labuan telah dinaikkan kepada 122 katil. Hospital Labuan ini mempunyai kemudahan bagi perkhidmatan pakar yang dijangka dapat memberikan keselesaan perkhidmatan rawatan perubatan kepada kira-kira lebih 86,908 (statistik 2011) orang penduduk Labuan.


Hospital Labuan merupakan hospital dengan pakar iaitu Pakar Perubatan, Pakar Bedah Am, Pakar Bius, Pakar Ortopedik, Pakar Obstetrik & Gynaecologi (O&G), Paediatrik dan Perubatan X-Ray. Pakar-pakar untuk disiplin seperti Telinga dan Hidung (ENT), Paediatrik, Psikiatrik, Nefrologi dan Optometri adalah dari Hospital Queen Elizabeth, Hospital Likas atau Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah. Kesemua pakar menjalankan klinik di Klinik Pakar. Sekarang hospital ini mempunyai seramai lebih 492 orang kakitangan bertugas di sini di mana 26 orang daripadanya adalah Pegawai Perubatan dengan 7 orang Pakar Perubatan, 28 orang Pen.Pegawai Perubatan dan 207 orang Jururawat. Walau bagaimanapun, bilangan kakitangan ini akan ditambah dari masa kesemasa mengikut keperluaan dan kesesuaiannya.

 

Waktu Melawat Pesakit di Hospital Wilayah Persekutuan Labuan:

Monday-Friday

12.30pm-2.00pm @ 4.30pm-7.30pm

Saturday, Sunday & Public Holidays

12.30pm-7.30pm

Start share your experience with Hospital Wilayah Persekutuan Labuan today!