Hospital Tawau business logo picture

Hospital Tawau


Description
Claim business

Hospital Tawau merupakan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedudukannya terletak tidak lebih 1km dari pusat bandar Tawau, Sabah dan berkeluasan 16.84 ekar. Terdiri daripada Bangunan Wad Lama, Bangunan Poliklinik, dan Bangunan Wad Baru. Hospital Tawau merupakan pusat rujukan Hospital sebelah Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN RINGKAS HOSPITAL TAWAU

Hospital  Tawau telah mula beroperasi diawal tahun 1922 sebagai sebuah hospital kecil, dikenali sebagai Hospital Silimpompon dengan berstrukturkan dinding daripada kayu dan daun kajang, iaitu sejenis daun palma.

Bermula di awal tahun 1940an, Cottage Hospital Tawau telah mula beroperasi sebagai hospital yang kecil di pesisiran pantai Bandar Tawau. Ketika itu hanya terdapat Unit Pesakit Luar, Wad Kelas Dua, Wad Pengasingan dan Dapur sahaja.

Bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan bagi perawatan , Klinik Pakar telah dibina pada tahun 1990an dan telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Chua Jui Ming, Menteri Kesihatan Malaysia pada masa itu. Bangunan Poliklinik ini menempatkan Klinik-klinik Pakar , Pejabat Pengurusan, Tabung Darah, Unit  Rekod  Perubatan, Farmasi, Klinik Pergigian dan juga Jabatan Kecemasan dan Trauma. 

Tahun 2002 menyaksikan perkembangan Hospital Tawau dengan projek bangunan baru 6-3 tingkat terdiri daripada wad-wad, Dewan Bedah, Rawatan Rapid an Kadiologi, CSSU, Pusat Latihan dan Perpustakaan. Bangunan ini secara berperingkat mula beroperasi pada awal Julai 2007.

Pada Tahun 2005, Hospital Tawau telah Berjaya melaksanakan projek Hospital Dalam Taman di mana setiap unit  telah diberikan taman angkat untuk dibangunkan menjadi taman terapeutik. Program ini telah mengubah pesekitaran hospital menjadi lebih menarik dan ianya member keselesaan kepada pesakit dan keluarga untuk berehat dan melakukan aktiviti refleksologi di taman-taman yang disediakan.

 

Waktu Melawat Pesakit di Hospital Tawau:

Hari Kelepasan AM
(Cuti Umum, Cuti Sabtu dan Ahad)
6.30 am -  7.00 am  12.30pm -  7.00 pm

Hari Bekerja
(Isnin-Sabtu)
6.30 am  -  7.00 am @ 12.30pm -  2.00 pm @ 4.00  pm -  7.00 pm


Product /Price Info
Procedure   RM
Executive:    
Single Bed Room (VIP)   325
Single Bed Room   316
Two Beds in a Room   268
First Class:    
Single Bed Room   272
Two Beds in a Room   203
Three or more Beds in a Room   164
Second Class:   144
Third Class:   124
Labour Room   285
Intensive Care Unit (adult)   342
Intensive Care Unit (child)   285
Nursery   56
Special Care Nursery   128
Nursery with Incubator Care   155
Psychiatric Ward   *Depending on Ward Class and amount of beds in it
Reviewer profile
3.0
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Hospital tawau.. Kadang2 staff nye membuat kita menyampah. Segelintar mls dn kdang berkata kesat pd pesyakit.. Kpd semua staff..jujur dn amanah laa bila berkja.. Hospital tawau perlu dipertingktkn lg..keselesaan psyakit..dn keperluan yg lengkap..
by
Reviewer profile
4.1
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Saya ingin mengucapkan byk2x terima kasih kpd semua staff nurse dan doktor2x di wad 1 tingkat 1 tempat saya di tahan dlm wad tersebut pada 25/11 sampai 6/12,layanan kamu memang terbaik..may god bless you all
by